Generasi TVET TAHFIZ Politeknik Malaysia
Ke arah melahirkan generasi TVET Tahfiz yang holistik dan berkebolehpasaran tinggi.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Saudara Zikrul Safwan bin Roslan dan Saudari Nadia Atifah binti Mamat, generasi ke-dua Techno Huffaz PSA kerana telah bergelar graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Konvokesyen kali 23 pada 1-2 Oktober 2022.
Kejayaan ini membawa impak yang besar dalam memartabatkan generasi hamalatul quran di persada pendidikan teknikal negara. Alfu mabruk diucapkan.
KUALA KUBU BHARU - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menjadi perintis apabila memperkenalkan e-Modul Interaktif Techno Huffaz bagi keperluan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ditawarkan di beberapa buah institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Pengarah Darul Quran Ustaz Mohamad Kori Jusoh berkata, e-modul yang dibangunkan sangat baik dan memudahkan para pelajar di samping memberi manfaat kepada Darul Quran sendiri.
“Walaupun diterbitkan oleh PSA, tapi ia sangat sesuai untuk dipanjangkan kepada insitusi lain. Darul Quran akan turut mempromosikan e-modul ini kerana kita melihat ia memberi manfaat bukan sahaja kepada para pelajar pensijilan tahfiz tetapi juga kepada orang ramai,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran e-Modul Interaktif Techno Huffaz yang diadakan di Dewan Syura Utama, Darul Quran.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Saudara Anas bin Mazlan atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara International Quran Competition 2021 anjuran Annur Quranic Centre bagi kategori 1-15 Juzuk OKU yang berlangsung secara dalam talian. Beliau membawa pulang wang tunai dan sijil penyertaan.
Juga syabas kepada Saudara Zunnurain b. Zulkifli kerana tersenarai sebagai 5 Finalis Akhir bagi Kategori 1-15 Juzuk Lelaki dalam pertandingan tersebut.
Kejayaan ini membawa impak yang besar dalam memartabatkan generasi hamalatul quran di persada pendidikan teknikal negara. Alfu mabruk diucapkan.
6 DISEMBER 2021 – Saudara Muhammad Firdaus Naim Yuswan @ Rizwan menjadi graduan sulung menerima Dual Certification Program Techno Huffaz Politeknik Malaysia dalam Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ke-22 hari ini.
Muhammad Firdaus, 22, menerima Diploma Pengajian Perniagaan yang disampaikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor di samping Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Tahniah diucapkan atas kejayaan.
Berita berkaitan boleh didapati dalam pautan di bawah :
https://www.facebook.com/101423618125569/posts/427495975518330/
https://www.kosmo.com.my/2021/12/06/muhammad-firdaus-jadi-graduan-sulung-terima-tecno-huffaz/
16 Oktober 2021 : Graduan sulung program Techno Huffaz PSA diraikan pada Majlis Konvokesyen Darul Quran ke-29
Muhammad Firdaus Naim bin Yuswan, pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan berjaya memperolehi Sijil Tahfiz al-Quran di bawah program pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-Politeknik (PSA) dengan pangkat jayyid jiddan.
Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Roseman bin Mat Jidin bersama Ketua Kursus Techno Huffaz PSA Ustaz Muhammad Sofiyuddin bin Zakaria telah memenuhi undangan ke majlis konvokesyen tersebut yang diadakan di Kompleks Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu. Majlis dijalankan secara hibrid dan dirasmikan oleh Menteri Agama YB Senator Tn. Hj. Idris bin Ahmad.
Warga PSA mengucapkan sekalung tahniah buat Muhammad Firdaus Naim atas kejayaan yang dikecapi.
Berjaya khatam hafazan Al-Quran Tahun 2021
Sesi 1 2021/2022
Berjaya khatam hafazan Al-Quran Tahun 2021
Sesi 1 2021/2022
TEMUDUGA
USRAH CIRCLE
PEPERIKSAAN DARUL QURAN