HUFFAZ | TEKNOKRAT | GLOBAL
Generasi TVET-TAHFIZ Politeknik Malaysia
Anda berminat dengan Techno-Huffaz PSMZA?
👉Tinjauan Minat: https://bit.ly/MinatTechnoHuffazPSMZA
Kami amat menghargai maklum balas anda.
KUANTAN - 2 orang pelajar Techno-Huffaz PSMZA menyertai Pertandingan Hafazan al-Quran sempena Festival Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Kuantan.
Penglibatan pelajar Techno-Huffaz dalam pertandingan seperti ini membantu mereka meningkatkan prestasi hafazan masing-masing di samping dapat membina keyakinan diri serta mengukuhkan disiplin serta jati diri.
KUALA KUBU BHARU- 25 Oktober 2025, Darul Quran JAKIM telah mengadakan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Siri 2 bagi tahun 2025 bertempat di kompleks Darul quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu.
Seorang pelajar Techno-Huffaz PSMZA, Muhammad Hazim bin Suhaimi telah mengambil peluang menyertai peperiksaan tersebut bagi kategori Tahap 1 iaitu 1-5 juzuk.
DUNGUN- Lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) untuk proses kelulusan permohonan Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB), Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB). PSMZA telah mendapat kelulusan untuk melaksanakan pengajian SPHB bermula Ogos 2025.
Techno-Huffaz PSMZA
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
KM08 Jalan Paka
23000 Dungun
Terengganu
📞09-8400800
https://psmza.mypolycc.edu.my/
E-mel: technohuffazpsmza@gmail.com