"Kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan” . Begitu lah lumrah seorang manusia yang pernah membuat kesilapan didalam kehidupan mereka. Jangan kesal kerana setiap kesilapan silam akan memberi pengajaran kepada kita.
Disini saya nak kongsi kesilapan saya & orang lain yang pernah membuat kesilapan sejurus mereka tamat habis pelajaran (SPM/STPM) di zaman sekolah mereka. Kita sebagai insan biasa mudah terpengaruh dengan budaya atau trend terkini. Antara kesilapannya adalah:
Ikut kata kawan untuk pilih tempat pelajaran
Mudah kata, jika kawan ajak anda sambung pelajaran di peringkat universiti contoh di (VSU campus) kerana situ lifestyle disitu menarik, mudah anda bersosial, mudah cari pasangan hidup & banyak lagi. Disini saya ingin ingatkan anda, kita mesti lah buat keputusan untuk belajar di sesuatu tempat kerana kita tahu tempat itu terbaik untuk hidup kita kerana kawan kita tak menjamin hidup anda senang akan datang. Anda perlu kenalpasti kebolehan anda dahulu & baru lah anda full utilise kebolehan anda semaksima yang boleh di peringkat universiti.
Buat keputusan kursus apa nak diambil kerana "trending"
Jika zaman dulu, semua bercita cita nak jadi doktor, pilot dan sebagainya. Bercita-cita tinggi tiada masalah dan ianya sangat bagus kerana mendorong semangat untuk anda belajar dengan makin bagus. Tetapi anda perlu ingat jika anda beramai-ramai mengejar cita-cita di satu industri ini, sedarkan betapa ramai graduasi yang memiliki kelayakan yang sama dengan anda & ianya mendorong anda kepada menggangur atau lari bidang dari belajar anda.
Contoh: Hampir 2 juta pelajar ambil kursus akaun dan akhirnya graduasi akaun terlalu ramai , kekosongan pekerjaan di bidang anda tidak mencukupi untuk menampung setiap graduasi yang tamat belajar untuk diberikan kerja. Ini punca anda tidak membuat research dahulu industri apa yang tengah naik, market luas untuk peluang pekerjaan anda & sebagainya.
Tidak fikir panjang & tidak membuat research apa yang berlaku di masa depan anda jika anda ambil kursus tersebut
Di zaman baru iaitu zaman Covid-19 ini, banyak industri yang tenggelam disebabkan kemelesetan ekonomi seperti industri pelancongan, perhotelan & sebagainya yang berkait rapat dengan masalah ekonomi yang berlaku sekarang. Saya kongsikan 3 contoh industri yang mencanak naik di era sekarang iaitu logistik, maritim, digital & teknologi.
Di zaman orang tidak lagi boleh keluar bebas, terpaksa berjaga-jaga sehingga menjadi sekatan untuk anda membeli barang-barang keperluan anda. Ini menyebabkan ramai orang hanya beli barang online (industri digital & teknologi) , maka barang anda yang dibeli itu akan dipos (industri logistik) terus ke rumah anda. Jika anda membeli barang dari China atau luar negara, mereka juga boleh pos (Industri maritim) barang anda ke rumah anda.
Untuk penutup topik ini, saya syorkan anda memilih tawaran pelajaran dari NMIT Kolej kerana kursus-kursus mereka tawarkan sangat membantu hidup anda selepas anda tamat belajar nanti. Ini kerana kursus yang anda pilih contoh kursus DMOSH iaitu anda berpeluang besar menjadi safety officer di banyak industri (maritim, logistik, pembangunan, oil & gas). NMIT juga mempunyai hubungi yang sangat baik dengan RAKAN INDUSTRI tersebut. Ini kerana hampir 90% graduasi NMIT mudah dapat pekerjaan sejurus tamat belajar.