Taman Asuhan Putera / I Islam (TAPIS) merupakan suatu konsep taman didikan Islam dan berusia 20 tahun Taman didikan ini merupakan satu platfom bagi kanak-kanak sebelum menjejak kaki ke sekolah rendah. Pusat ini diwujudkan khas bagi memenuhi kehendak masyarakat kini yang memerlukan pendidikan awal islam yang syumul (Mencakupi pendidikan Islam dan Akademik).
Kanak-kanak juga berpeluang diasuh sembahyang zohor berjemaah setiap hari sekiranya anda memilih pendidikan sepenuh masa. Bagi meliputi keseluruhan pendidikan TAPIS, kami menyediakan sesi pengajian sepenuh masa.
Sementara yang memilih program Tadika sahaja, persekolahan akan tamat pada jam 12.30 t/h. Kenderaan boleh dibincangkan.(bayaran pengangkutan tidak termasuk dalam yuran bulanan).