Tanah Aini terletak di kampung Alai Gerik, Perak. Lokasi ini berdekatan dengan route untuk tracking naik ke Gunung Alai, Gerik.
Kampung Alai terletak diantara Gerik dan Pengkalan Hulu. Kira-kira dalam 25 minit untuk ke Pekan Gerik (belok kiri) dan 25 minit juga ke Pengkalan Hulu (belok kanan).
Tanah Aini masih dalam proses untuk dibangunkan. Buat masa sekarang, antara aktiviti dan kemudahan yang akan diadakan di sini ialah, camping site di kawasan sungai, chalet, fish feeding, fruit picking, kids zone, bilik air, bilik mandi, plug point, sinki dan kedai serbaneka. Kemudahan ini akan disiapkan mengikut fasa.
Pokok buah-buahan yang ada di Tanah Aini adalah seperti pokok durian dan pokok dukong. Terdapat juga pokok getah di sini yang masih aktif dalam pengeluaran susu getah.
Kami juga mempunyai kolam ikan talapia merah yang sedang membesar. Para pengunjung boleh membawa anak-anak untuk memberi makanan kepada ikan talapia di sini.