STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD PEMBELAJARAN
Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak.
Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan.
Mengguna simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.
HASIL PEMBELAJARAN
1
Menyatakan perbendaharaan kata dan simbol yang membawa maksud tambah, tolak dan sama dengan.
2
Menyatakan secara spontan fakta asas tambah dan tolak.
3
Menambah dan menolak hingga dua nombor dalam lingkungan 100, menulis ayat matematik tambah berulang dan tolak berturut-turut serta menentukan kewajaran jawapan.
4
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan penambahan dan penolakan dua nombor.
5
Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan penambahan dan penolakan dua nombor dengan pelbagai strategi.
6
Menyelesaikan masalah harian yang bukan rutin melibatkan penambahan dan penolakan dua nombor secara kreatif dan inovatif.