Industri takaful di Malaysia berkembang pesat selaras dengan perkembangan
industri perbankan Islam. Takaful kini menjadi insurans pilihan bukan
sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada dunia. Perkembangan
ini memperlihatkan tawaran alternatif terbaik dalam pengendalian dan
pengurusan risiko secara islamik.
Pada dasarnya, takaful dibentuk untuk melengkapkan operasi Bank Islam
Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1983. Penubuhan takaful
memberikan alternatif selain insurans kovensional kepada umat Islam yang
memerlukan jaminan perlindungan kewangan berlandaskan syariah.1 Pada 27
Februari 1982, Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim telah membentangkan kertas
kerja “Towards an Islamic System” yang mencadangkan agar ditubuhkan
Petugas Khas2 untuk mengkaji dan mengusulkan penubuhan industri takaful
di Malaysia. Untuk mengkaji daya maju penubuhan syarikat insurans Islam,
Petugas Khas telah dibentuk oleh Kerajaan pada tahun 1982. Laporannya
telah diserahkan kepada Jemaah Menteri pada April 1984