Laman web ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan projek
EAT3123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
Subjek yang dikhususkan adalah berdasarkan KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 3 (Tajwid)
Tajuk: Hukum-Hukum Mad
Membantu pelajar memahami Hukum Mad dengan menggunakan teknik pembelajaran santai.
Memudahkan pelajar untuk mengingat bilangan Harakat Mad menggunakan bahan-bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan.
Mengubah persepsi pelajar yang tidak mengendahkan Hukum Mad (dengan andaian semua Mad dibaca dengan 2 harakat) supaya lebih berhati-hati dan dapat membaca Al-Quran dengan bertajwid.
Sila tonton video di atas untuk lebih memahami cara penggunaan "Harakat Cube"
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
[Riwayat al-Bukhari (5027)]