· SYARIKAT AMMAT ENGINEERING adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah ditubuhkan dengan rasminya pada 11.03.2023. Syarikat ini berdaftar dengan DBKK, CIDB, ECoS, Sabah Electricity dan PMS dalam pengkhususan tertentu.
· SYARIKAT AMMAT ENGINEERING merancang untuk menjadi sebuah syarikat yang bergiat aktif di dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal dan pembekalan tenaga mahir.
· Matlamat penubuhan SYARIKAT AMMAT ENGINEERING adalah bagi memenuhi keperluan dan permintaan terhadap pekhidmatan dan pembekalan memandangkan Negara semakin giat membangun dengan pesat. Di samping itu juga, memberi peluang-peluang pekerjaan dan menyahut seruan kerajaan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan terutama bagi kaum Bumiputera.
· Kakitangan SYARIKAT AMMAT ENGINEERING adalah terdiri dari pekerja- pekerja yang berkelayakan, berpengalaman serta berkemahiran di dalam bidang masing- masing untuk menjana tenaga kerja dan buah fikiran kreatif, inovatif, berfikiran ke hadapan dan berdaya saing.
· SYARIKAT AMMAT ENGINEERING sentiasa berusaha untuk memperluaskan dan menambah jenis-jenis perkhidmatan dan pembekalan dari masa ke semasa ke arah menjadi sebuah syarikat yang berdaya maju dan kompetatif.
· SYARIKAT AMMAT ENGINEERING merasa amat bertuah atas penglibatan dalam industri pembinaan dan perkhidmatan ini sekaligus memberi peluang untuk memenuhi tanggungjawab sosial terhadap pembangunan melalui sumbangan yang telah dilaksanakan selaras dengan cabaran kerajaan untuk melihat syarikat bumiputera menerajui Industri Pembinaan di Negara ini seterusnya bersama- sama dalam memajukan Negara.
OBJEKTIF
· Menyediakan perkhidmatan membekal tenaga pekerja mahir dan separuh mahir
· Menyediakan perkhidmatan di dalam bidang kejuruteraan awam, elektrikal dan mekanikal yang berkaitan.
MISI
· Misi SYARIKAT AMMAT ENGINEERING adalah untuk memberikan perkhidmatan dan pembekalan yang cemerlang dan bagi memenuhi permintaan pelanggan iaitu kepada pihak kerajaan, swasta dan orang ramai.