Tsunami pump adalah antara pump yang popular di Malaysia. Selama saya memasang water pump, hampir 65% pengunaan water pump adalah daripada brand tsunami. Kebanyakan jenis tsunami pump adalah daripada "cmh-series". Bagi saya, ia sangat popular adalah kerana flow rate dia yang laju, menggunakan multistage propeller iaitu menggunakan satu motor tetapi blade lebih daripada satu unit. Kebiasaanya cmh series boleh menjangkau sehingga 7 ke 8 tahun pengunaan. Kerosakan yang biasa terjadi hanyalah automatic control swith. Kos membaiki automatic control switch adalah sekitar RM 350 termasuk dengan barang. Motor water pump tersangatlah jarang rosak. Kalau rosak pun hanyalah disebabkan oleh karat disebabkan lama terbiar. Saya sangat mengsyorkan brand tsunami water pump ini untuk digunakan di rumah anda. Antara pump yang senyap, tahan lama, spareparts banyak dan harga yang berpatutan.
Fungsi automatic pump control adalah untuk mengekalkan pressure air pada tahap 1 bar ke 2.4 bar. Apabila kita membuka salah satu pili air di rumah, tekanan akan berkurang. Apabila tekanan berkurang sehingga bawah dari paras minimum iaitu 1 bar, switch akan di aktifkan untuk menghidupkan contactor pada pc board. Pump akan hidup dan mengembalikan tekanan kepada 2.4 bar. Jika motor water pump tidak hidup, jangan terus nak tukar water pump. Check dahulu automatic control pressure, kerana kebiasaanya motor jarang sangat rosak. Yang rosak hanyalah automatic control pressure. Kebiasaanya pressure switch ini bertahan dalam 7 ke 8 tahun. Cara nenyemak pump control ini rosak ke tidak adalah kita bypass automatic control pump. Jika motor masih hidup, maka tukarlah automatic control pressure yang baru.
Kenal pasti symtom-symtom paip bocor yang berlaku di rumah anda. Ini kerana ia akan menjejejaskan water pump anda. Apa yang akan terjadi apabila paip bocor adalah, pump akan start dalam masa tertentu mengikut tahap saiz kebocoran pada paip rumah anda. Semakin besar kebocoran paip rumah, semakin cepat lah masa water pump rumah anda akan ON OFF. Semakin cepat water pump ON OFF, semakin meningkatlah bill rumah anda pada bulan tersebut. Jika ia tidak dibaiki, ia akan mengakibatkan water pump control ataupun switch rumah anda akan terbakar. Ini kerana setiap water pump mempunyai pressure switch. Jenis yang murah akan menggunakan mechanical system iaitu menggunakan spring. Jika contact ini terlalu kerap berulang selang dalam 5 minit, lama kelamaan point contact akan terbakar. Sama juga yang menggunakan electronic swith, iaitu akan menggunakan relay untuk ON OFF. Lama kelamaan relay akan rosak.