STUDENT VOICE GROUP

SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI

Student Voice Group atau dikenali sebagai (Kumpulan Suara Pelajar) merupakan satu badan organisasi yang ditubuhkan dibawah program Sekolah Amanah. Student Voice Group SMK Bandar Baru Salak Tinggi mula ditubuhkan pada tahun 2016. SMK Bandar Baru Salak Tinggi merupakan Sekolah Amanah yang bermaksud “sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM”. Selain Itu, sekolah Amanah diberikan kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Tujuan kumpulan ini atau dikenali sebagai SVG ini ditubuhkan adalah untuk menyuarakan suara murid kepada pihak sekolah. Walaubagaimanapun SVG ini juga merupakan salah satu tempat untuk anda semua para pelajar menonjolkan bakat terpendam dimana dalam SVG mempunyai Exco yang dapat memberikan anda pilihan untuk memilih mengikut minat anda. Aktiviti yang selalu dijalankan oleh SVG adalah seperti program-program sekolah seperti Majlis Perasmian, Hari Guru dan sebagainya.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Sila Klik Dibawah