S : Berapa lama susu kambing sejukbeku bertahan?
J : Susu kambing (pastuerize & non pasteurize) sejukbeku boleh bertahan berbulan bulan, sekiranya ia kekal beku, disimpan dalam peti beku dan tidak dicairkan.
S : Bagaimana hendak minum susu kambing yang sejukbeku?
J : Ada pelbagai cara untuk mencairkan susu kambing sejuk beku.
Cara 1. Letakkan susu sejukbeku ke dalam bahagian peti sejuk. Biarkan ia dicairkan sendiri. Susu kambing akan 'defrost' dalam masa 24 jam.
Cara 2. Ambil cawan atau mangkuk dan isikan dengan air (panas) Rendamkan susu sejukbeku ke dalam bekas yang berisi air. Susu akan 'defrost' dalam masa 1 jam.
Cara 3. Biarkan susu sejukbeku pada suhu bilik (room tempreture). Susu kambing akan 'defrost' dalam masa 2 jam.
S : Perlukah susu kambing non pasteurize dipanaskan atau dimasak sebelum minum?
J : Tidak semestinya. Anda boleh terus minum setelah susu kambing sejukbeku ini dicairkan / defrost. Lebih afdal tidak dimasak kerana zat2 enzim dlm susu akan mati sedikit demi sedikit.
S : Berapa lama susu yang dicairkan dan dibiarkan dalam peti sejuk boleh bertahan?
J : Mengikut testimonial, kadar kesegaran susu akan berkurangan dari hari ke hari. Pada masa yang sama, susu yang telah cair ini berada dalam keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Sila habiskan susu dalam tempoh tidak melebihi 5 hari.
PERBEZAAN SUSU KAMBING YANG DI PASTEURIZED DAN NON-PASTEURIZED
** Susu kambing yang tidak dipasteurkan akan menjadi masam setelah sekian lama. Namun ia bukan bermaksud susu telah basi. Ia sedang mengalami proses dimana bakteria bermanfaat (probiotic) sedang 'menggunakan' laktosa dalam susu kambing lalu berubah textur dan rasa. Susu masih selamat untuk digunakan seperti dalam masakan, kefir, dadih dan sebagainya
**Susu yang berpasteurized akan menjadi basi dan tidak selamat untuk diminum dan digunakan setelah tamat tempoh.
S : Jika terdapat seperti ketulan putih diatas permukaan susu yang baru dicairkan, bolehkah susu kambing ini diminum?
J : Ya boleh. Ketulan putih adalah lemak dari susu kambing. Sila goncang botol untuk melarutkan lemak dalam susu kambing.
S : Kenapa terdapat seperti keladak putih di bawah botol susu, dan keadaan berair diatas permukaan susu walaupun ia baru dicairkan?
J : Itu adalah colostrum, iaitu susu awal kambing. Walaupun ia amat dipenuhi dengan khasiat. Namun ia mungkin tidak menyelerakan untuk diminum bagi sesetengah orang.
SUSU SEGAR ASLI kami adalah
yang asli, SUSU KAMBING diperah terus dan disejubekukan untuk mengekalkan kesegaran dan khasiatnya. Tiada bahan pewarna atau tiruan digunakan. Tiada bahan pengawet. Tiada campuran air. Bukan susu tepung yang ditambah degan air. Untuk menikmati kebaikan dan khasiat sebenar, SUSU KAMBING yang tidak dipasteurkan adalah selamat untuk diminum.
S : Adakah susu kambing sesuai diminum oleh kanak kanak berusia bawah 1 tahun?
J : Susu kambing adalah susu yang hampir sama dengan susu ibu. Walaubagaimanapun, susu ibu adalah yang terbaik bagi anak yang baru menyusu. Lebih digalakkan untuk minum adalah ibu yg kekurangan susu ketika menyusukan anak. Sila dapatkan nasihat dari pakar dan para doktor tuan / puan untuk pengesahan lanjut. Bagi kanak kanak yang berusia 1 tahun keatas, susu kambing boleh diminum.
S : Adakah susu kambing baik untuk wanita hamil?
J : Kami amat mengalakkan mengamal minum susu kambing dari tempoh kehamilan 6 bulan hingga bersalin sebagai tambahan diet kesihatan untuk ibu dan kandungan. Menurut testimoni pelanggan kami, susu kambing membantu dalam memberi tenaga harian, mengurangkan rasa kejang kaki, membantu bersalin secara normal dan mampu untuk mengatasi kandungan mendapat jaundis (demam kuning).
In Syaa ALLAH 😊
S : Apakah lagi kebaikan drpd meminum susu kambing segar?
J : Diantara kebaikannya ialah membantu proses penghadaman dan usus. Mudah membuang air besar. Meningkatkan tenaga. Mengawal berat badan kerana segelas susu kambing dapat mengenyangkan individu.
S : Berapakah saiz dan harga sebotol SUSU KAMBING ASLI yang KAMI jual??
J : Bagi SUSU KAMBING saiz botol ialah 350ml. Harga sebotol ialah RM5 sahaja.
Kebaikan Susu Kambing
Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:
Tidak menyebabkan alahan.
Membantu sistem imunisasi tubuh.
Bersifat alkali.
Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
Membantu sistem penghadaman.
Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
Membolehkan penggumpalan darah
Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
Mengawal degupan jantung
Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
Menyingkirkan toksin dalam kolon
Menurunkan tekanan darah
Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.