Projek Pembinaan Surau Astana Park Home merupakan sebuah inisiatif komuniti yang bertujuan untuk menyediakan sebuah kemudahan ibadah yang lebih selesa, tersusun dan berdaftar kepada penduduk taman serta kawasan sekitarnya.
Pembinaan surau ini telah mendapat kelulusan rasmi daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) pada 31 Disember 2024, menandakan pengiktirafan penuh terhadap keperluan dan kepentingan projek ini untuk pembangunan spiritual komuniti.
Selain itu, urusan hak milik tanah bagi tapak pembinaan juga telah selesai dengan jayanya, apabila tanah tersebut didaftarkan secara rasmi atas nama Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 3 Oktober 2024. Ini sekaligus mengukuhkan status projek sebagai sebuah pembangunan wakaf yang sah dan terpelihara.
Dengan izin Allah dan sokongan masyarakat, projek ini diharap dapat dimulakan seawal tahun 2028 – atau lebih awal sekiranya dana mencukupi. Segala bentuk sumbangan wakaf dan derma amatlah dialu-alukan sebagai saham akhirat yang berkekalan
Tapak ini terletak di kawasan strategik di tengah-tengah komuniti Astana Park Homes, mudah diakses oleh semua penduduk sekitar. Surau ini bakal menjadi pusat utama bagi aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, kelas pengajian, program kemasyarakatan dan majlis ilmu untuk manfaat semua.
PENGERUSI
MOHD KHAIRI BIN ABDUL JABBAR
TIMBALAN PENGERUSI
MAHYUDDIN BIN MOHAMAD
SETIAUSAHA
MUHAMMAD AIZUDDIN BIN FADZIYA
BENDAHARI
DR. MOHAMAD FADZIL BIN CHE MAT