Memberi pengetahuan dan membina kesedaran murid terhadap akhlak (adab), kelakuan (etika dan tingkah laku) dan sahsiah (keperibadian); dan
Mengenal pasti nilai-nilai seperti kasih sayang (love), saling menghormati (mutual respect) dan kegembiraan (happiness) dalam amalan seharian murid.
Program SUMUR merupakan aktiviti yang merangkumi empat teras utama iaitu; Berbudi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri dan Mutadayyin.
Pelaksanaan program SUMUR mampu memperkukuhkan lagi sahsiah diri murid serta amalan baik yang dinilai dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) kelolaan BPSH kepada semua murid di sekolah KPM kerana program SUMUR dilaksanakan melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah.