Sukan Asasi Malaysia (SAM), sebelum ini dikenali sebagai Inter-Asasi Games, merupakan inisiatif yang dipimpin oleh Majlis Dekan/ Pengarah Asasi (MDPA) Universiti Awam di Malaysia. Ia mendorong kerjasama di antara pusat-pusat asasi dan matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, yang mana bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar membentuk kecemerlangan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum, khususnya sukan. SAM disediakan sebagai platform bagi para pelajar untuk terlibat dalam sukan, pada masa yang sama membentuk kemahiran penting seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berkumpulan, serta pengurusan masa, yang membawa kepada perkembangan holistik para pelajar. Selain itu, SAM juga memainkan peranan sebagai pentas bagi institusi-institusi tinggi untuk mengenal pasti dan memupuk bakat-bakat sukan di kalangan pelajar, dan menekankan kepentingan sukan dalam peringkat akademik yang lebih tinggi untuk menyokong perkembangan keseluruhan pelajar.