Pengenalan
Pengenalan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)Â menyarankan masyarakat agar memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk belajar secara holistik. Perkembangan tidak boleh dinilai dengan gred peperiksaan semata-mata, sebaliknya juga berdasarkan pembabitan aktif dalam aktiviti STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts dan Mathematic).
Ia bukan sahaja menggalakkan kanak-kanak berfikir lebih jauh, bahkan mendorong mereka melakar kejayaan dalam pelbagai projek. Kreativiti kanak-kanak dapat digilap dan diperkembangkan serta boleh dilihat melalui hasil ciptaan di akhir setiap Projek STEAM yang dijalankan.
Googlesites ini mengandungi contoh aktiviti-aktiviti STEAM yang telah dilaksanakan oleh kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun dari 4 buah Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di negeri Perlis iaitu PAPN Tambun Tulang, PAPN Arau, PAPN Kangar dan PAPN Padang Besar.