Kelab STEM SIRAJ Al-Alusi merupakan kelab kokurikulum yang memfokuskan pengintegrasian elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam pembelajaran murid sekolah rendah.
Kelab ini menjadi platform untuk murid meneroka idea, mencuba inovasi serta membina keyakinan diri melalui pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah.
Visi
Melahirkan murid yang berfikiran saintifik, kreatif dan inovatif serta berdaya saing melalui penglibatan aktif dalam pendidikan STEM.
1. Menyediakan platform pembelajaran STEM yang menyeronokkan dan bermakna.
2. Menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti berasaskan eksperimen, projek dan penyelesaian masalah.
3. Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti dan kerjasama dalam kalangan ahli kelab.
4. Mendedahkan murid kepada aplikasi STEM dalam kehidupan seharian dan kelestarian alam.