SRITI ASSALAM DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2025 TERHAD 25 ORANG MURID TAHUN 1 SAHAJA
Terletak berhampiran Mr. D.I.Y & Little Caliph, berhadapan Taman Tasik Maran & Masjid Asy Syakirin
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelas al Quran & Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kurikulum KAFFAH pendidikan berasaskan al Quran & As Sunnah
Tahfiz Al Quran & As Sunnah (TQS) dengan sistem Tematik
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Assalam, Maran adalah institusi pendidikan sekolah rendah yang menggabungkan pendidikan arus perdana, agama & al Quran dalam satu kampus.
SRITI bertujuan untuk melahirkan insan rabbani dan khalifah Allah yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta mampu mentadbir manusia dan alam ke arah kegemilangan dunia dan akhirat berpaksikan al Quran dan As Sunnah.
SRITI menyediakan silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR - KPM), Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA - JAKIM), Kurikulum Tahfiz Al Quran dan As Sunnah (TQS). Kurikulum Fardu Ain dan Fardu Kifayah (KAFFAH) & kokurikulum.
SRITI tidak hanya menekankan pembelajaran berasaskan peperiksaan semata-mata, tetapi aplikasi pengetahuan, kemahiran & kokurikulum serta penerapan nilai amat dititik beratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan & Kurikulum SRITI.
Waktu persekolahan SRITI bermula 7.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Sarapan & makan tengah hari termasuk dalam yuran tahunan
Pengajian al Quran, agama serta solat diadakan setiap hari
Komited SRITI Assalam bagi memastikan setiap murid akan menerima pembelajaran mengikut arus perdana
Fokus & kondusif
Murid di didik dengan akhlak Islam
Sesi persekolahan sehingga petang
Menggunakan silibus kebangsaan & agama
HUBUNGI KAMI UNTUK PENDAFTARAN: