Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al Fatih merupakan cawangan daripada SRITI malaysia yang ditubuhkan di Segamat, Johor. Sekolah ini memulakan operasi pada 1 Januari 2020 sehingga kini. Bermula dengan menyewa lot kedai selama 2 tahun dan akhirnya menduduki premis sendiri yang terletak di Kampung Paya Lenga, Bandar Putra Segamat. SRITI telah berkembang dan menerima permintaan dari masyarakat setempat dan kini menempatkan murid terkini seramai 129 orang dengan kekuatan 15 orang guru bersama 2 orang pengurus am.
Pengerusi : Hj Mohd Khairi Bin Maslehan
Timb. Pengerusi : Hjh Radhiahtul Akmal Binti Razali
Guru Besar : Basri Bin Din Kamar
Pegawai Tadbir : Mohd Yusof Bin Hj Masiron
Pembantu Operasi : Mohd Khairudin Bin Maslehan
GPK 1 : Nur Raihan Binti Abd Rahman
GPK HEM : Wan Muhammad Dhiaauddin Bin Wan Baharudin
GPK Kokurikulum : Nur Ameera Zain Binti Md Zain
SRITI menawarkan 3 jenis silibus yang meliputi silibus Kementerian Pendidikan Malaysia, silibus Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan silibus KAFFAH keluaran SRITI Malaysia. Antara subjeknya adalah:
1. Silibus KPM:
Bahasa Melayu/Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Reka Bentuk Teknologi
Pendidikan Jasmani Kesihatan/Seni Visual
2. Silibus JAIJ:
Bahasa Arab
Faraid
Jenayat
Sirah
Tauhid
Akhlak & Tasawuf
Tafsir
Tajwid
Ibadat
Munakahat
Jawi
Muamalat
3. Silibus KAFFAH
Tahfiz Quran Sunnah (T1-T6)
Fiqh Solat
Fiqh Thoharah
Fiqh Syahadah
Bahasa KAFFAH
Matematik KAFFAH
Sains KAFFAH
SRITI turut menawarkan peluang untuk murid bergiat dalam aktiviti luar bilik darjah (kokurikulum) pada setiap hari Khamis. Antaranya adalah:
1.Sukan/Permainan
Bola Sepak
Bola Jaring
Olahraga
Memanah
2. Kelab/Persatuan
Kelab Bahasa
Kelab Kebudayaan
Kelab Kesenian Islam
Kelab Pertanian
3. Badan Beruniform
Tunas Kadet Amal SRITI (TKAS)
Tunas Angkatan Pertahanan Awam (TUSPA)
Kelas/bilik darjah
Dewan terbuka
Bilik mesyuarat
Perpustakaan/pusat ilmu
Gelanggang terbuka
Koperasi
Kebun