Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Cukai mula beroperasi pada 14 Mac 2022. SRIDI Cukai beroperasi sementara di bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman selama 1 tahun.
Pada Februari 2023, kami telah berpindah dan beroperasi di bangunan baharu yang terletak di bangunan komersial syarikat Rayhar, Jalan Nyiur Mawar, Kg Dusun Nyiur, Chukai, Kemaman.
SRIDI Cukai merupakan sebuah sekolah dibawah kelolaan Jabatan Pelajaran Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang bernaung dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Cukai terletak di bangunan komersial syarikat Rayhar, Jalan Nyiur Mawar, Kg Dusun Nyiur, Chukai, Kemaman.
Sekolah yang terletak dikawasan sekitarnya ialah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Chukai.
Lokasi sekolah sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Chukai, Kemaman.
Melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan agama dan akademik serta jati diri Islam yang tinggi.
Ke arah Pembentukan generasi Rabbani dan akademik berkualiti