PERKHIDMATAN TRANSIT AL HIKMAH
PIHAK SEKOLAH JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TRANSIT KEPADA SEMUA MURID SRI ABIM UNIT KAJANG. PERKHIDMATAN TRANSIT INI MENGIKUT KEPERLUAN DI SEKOLAH AL HIKMAH TAMAN SEKAMAT DAN SRI AL BUSYRA TAMAN IMPIAN MAKMUR. BERIKUT ADALAH JADUAL TRANSIT BAGI KEDUA DUA SEKOLAH.
TRANSIT SRI AL HIKMAH TAMAN SEKAMAT
MURID TAHAP 1
1. Selesai sesi persekolahan SRI sebelah pagi, murid transit akan ditempatkan di bilik transit. Bagi yang mengambil kelas mengaji, murid transit akan terus mengaji dengan guru.
2. Murid transit akan mandi dan bersiap untuk ke Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat.
3. Murid transit akan makan tengahari (masakan daripada sekolah).
4. Murid transit akan dihantar ke Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat dengan Van Sekolah yang disediakan
5. Guru akan memantau pergerakan murid dari SRI ke SK Seri Sekamat.
MURID TAHAP 2
1. Selesai sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan sebelah pagi, murid transit akan dijemput oleh guru SRI menaiki Van Sekolah.
2. Murid transit akan makan tengahari (masakan daripada sekolah) dan berehat di bilik transit yang disediakan .
3. Murid transit akan mandi, solat dan bersiap untuk ke SRI untuk sesi petang. Bagi yang mengambil kelas mengaji, murid transit akan mengaji dengan guru yang ditetapkan.
BAYARAN UNTUK TRANSIT DAN PENGANGKUTAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN/SRI
HANYA RM 130 SEBULAN
TRANSIT SRI AL BUSYRA IMPIAN MAKMUR,SAUJANA IMPIAN
MURID TAHAP 1
1. Selesai sesi persekolahan SRI sebelah pagi, murid transit akan ditempatkan di bilik transit. Bagi yang mengambil kelas mengaji, murid transit akan terus mengaji dengan guru.
2. Murid transit akan mandi dan bersiap untuk ke Sekolah Kebangsaan sama ada SK Saujana Impian atau SK Saujana Impian 2 .
3. Murid transit akan makan tengahari (masakan daripada sekolah).
4. Murid transit akan menunggu bas/van sekolah ke Sekolah Kebangsaan (pihak transit tidak menyediakan pengangkutan ke sekolah kebangsaan)
5. Guru akan memantau pergerakan murid di SRI sehingga murid transit menaiki van/bas sekolah masing-masing
MURID TAHAP 2
1. Selesai sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan sebelah pagi, murid transit akan pulang ke SRI menaiki van/bas sekolah yang telah dibayar oleh ibu bapa.
2. Murid transit akan makan tengahari (masakan daripada sekolah) dan berehat di bilik transit yang disediakan .
3. Murid transit akan mandi, solat dan bersiap untuk ke SRI untuk sesi petang. Bagi yang mengambil kelas mengaji, murid transit akan mengaji dengan guru yang ditetapkan.
BAYARAN UNTUK TRANSIT HANYA RM 110 SAHAJA
PENDAFTARAN TRANSIT BOLEH DILAKUKAN KETIKA SESI PENDAFTARAN MURID DI SEKOLAH