Setiap warganegara Malaysia mempunyai tanggungjawab terhadap negara. Bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara, adalah sangat penting dalam melaksanakan dan mematuhi tanggungjawab terhadap negara. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata, “sesungguhnya bangsa yang Berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.” Hal ini menunjukkan bahawa setiap rakyat perlu menanam jati diri dan berperanan terhadap negara supaya tidak mudah ditangkas oleh kuasa barat yang rakus.Oleh yang demikian, kita perlulah memahami dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan penuh komitmen untuk memacu pembangunan negara. Antara tanggungjawab individu terhadap negara adalah seperti mempertahankan negara, amalan prinsip rukun negara, semangat kekitaan untuk mengekalkan perpaduan dan patuh kepada undang-undang.
Sebagai warganegara Malaysia, kita wajib mempertahankan negara daripada segala bentuk ancaman serta serangan musuh. Sebagai contoh, sekiranya berlaku pencerobohan ke atas negara dari sudut maruah dan kedaulatan, kita hendaklah bersedia untuk berperang atau berdiplomasi. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan diri bersifat patriotisme dan nasionalisme serta tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti keganasan yang menggugat keamanan negara.
Seterusnya, sifat setia dan sayang akan negara perlulah diterap dalam diri setiap warganegara Malaysia. Sebagai rakyat, kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Kita mestilah mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa-apa sahaja untuk memelihara nama baik negara.
Semua rakyat bertanggungjawab menjaga keamanan negara supaya keharmonian dapat menjamin kesejahteraan dan kestabilan politik dikekalkan.
Pada 31 ogos 1970, Majlis Gerakan Negara telah membentuk sebuah ideologi kebangsaan Malaysia iaitu Rukun Negara.
Rukun Negara menggariskan lima prinsip utama yang perlu dipegang oleh seluruh masyarakat Malaysia iaitu:
a) Kepercayaan kepada tuhan
b) Kesetiaan kepada raja dan negara
c) Keluhuran perlembagaan
d) Kedaulatan undang-undang
e) Kesopanan dan kesusilaan
Setiap prinsip rukun negara mengandungi tanggungjawab dan peranan rakyat bagi membentuk kesepaduan bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan agama. Oleh yang demikian, kita sebagai warganegara Malaysia wajib mengetahui dan mengamalkan setiap prinsip Rukun Negara.
Tambahan pula, rakyat bertanggungjawab menjayakan dasar-dasar dan gagasan yang disarankan oleh pemerintah yang bertujuan mendukung segala hasrat murni demi kejayaan rakyat dan kemajuan negara. Memelihara cara hidup demokratik, melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil serta menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara adalah antara tujuan penggubalan dasar-dasar. Justeru itu, tanggungjawab rakyat adalah meahami, mendukung, melaksana dan mejayakan dasar-dasar tersebut. Contoh dasar-dasar adalah seperti Wawasan 2020, Gagasan 1Malaysia, Dasar Sosial Negara dan sebagainya.
Oleh kerana Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya, semangat kekitaan perlu diamalkan untuk memupuk sikap bertolak ansur, bertoleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Semangat kekitaan juga bertujuan memelihara keharmonian dan perpaduan kaum serta menjadi tunggak untuk mengekalkan kestabilan hidup.
Melalui aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis perayaan, sukaneka dan sebagainya, semangat kekitaan dapat dipupuk. Silaturahim dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama, dan budaya dapat diwujudkan menerusi aktiviti ini.
Setiap rakyat mesti mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara. Undang-undang bermaksud satu sistem peraturan atau norma yang perlu diikuti oleh seluruh ahli masyarakatnya. Hukuman atau denda (berupa wang) akan dikenakan kepada individu yang melanggar peraturan negara.
Patuh kepada undang-undang terdapat dalam prinsip Rukun Negara, iaitu kedaulatan undang-undang. Undang-undang sangat berfaedah kepada masyarakat kerana ia dapat menjamin ketertiban masyarakat supaya wujud kebahagiaan dan keamanan dalam kehidupan. Undang-undang suatu medium untuk menghukum, tetapi sebagai cara untuk menegakkan keadilan.
Setiap warganegara Malaysia, kita bertanggungjawab mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh kementerian supaya negara sentiasa dalam keadaan aman. Seterusnya, kita peru memastikan bahawa undang-undang sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.