Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan SPI BILANGAN 9 TAHUN 2023 GARIS PANDUAN LAWATAN MURID SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MULAI TAHUN 2023 telah berkuatkuasa pada 16 Jun 2023.
Sehubungan itu, Unit Pendidikan Swasta JPN Negeri Sembilan ingin memaklumkan perkara berikut:
1) PERMOHONAN LAWATAN/ AKTIVITI KE LUAR NEGARA hendaklah dimajukan kepada Bahagian Pendidikan Swasta KPM Putrajaya sekurang-kurangnya 5 minggu dari tarikh lawatan.
2) TATACARA PERMOHONAN
Muat turun template senarai nama di: https://tinyurl.com/AktivitiLuarNegara
Isi semua maklumat ahli rombongan dengan lengkap
Pastikan setiap permohonan ada surat iringan (Cover Letter) yang ditandatangani oleh (Pengerusi/Pengetua atau Guru Besar Sekolah)
Surat permohonan lawatan ke luar negara perlu dihantar ke registri KPM secara pos atau serahan tangan menggunakan salinan keras hard copy) seperti alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E2, Kompleks E
62604 Putrajaya
(UP : PERMOHONAN LAWATAN IPS)
Permohonan lawatan sekolah swasta ke luar negara perlu menggunakan dokumen yang disertakan bersama-sama ini. Permohonan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya lima (5) minggu sebelum tarikh lawatan. Untuk Lampiran A - Senarai Guru dan Murid ke Luar Negara, perlu di e-melkan sebagai Lampiran (attachment) kepada fauziana@moe.gov.my dengan format Microsoft Word
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Cik Nur Fauziana binti Mohamed di talian 03-8884 9518 atau e-mel fauziana@moe.gov.my
Sektor Dasar & Perancangan Strategik
Bahagian Pendidikan Swasta