PERMOHONAN PENEMPATAN DAN PERTUKARAN
Murid Tahun 1-6 & Tingkatan 1-5
Pertukaran DALAM & ANTARA DAERAH
Permohonan ASBS
Belajar semula/ Sekolah Agama/ Sekolah Swasta/ LEWAT Pendaftaran Tahun 1/ Tidak Pernah Bersekolah/ Luar Negara
Permohonan TUKAR ALIRAN
Sekolah Kebangsaan ke Sekolah Jenis Kebangsaan atau sebaliknya
(2 salinan cetakan permohonan dan dokumen sokongan untuk setiap permohonan)
Kanak-kanak di Malaysia yang berumur 4+ hingga 5+
Dalam Talian (online)
1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya.
Melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/
Dalam Talian (online)
1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.
Mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
(cetakan permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar ke sekolah untuk proses pengesahan)
Permohonan dibuka mulai 1hb Mac hingga 30hb April setiap tahun.
* Tertaluk kepada sebarang perubahan.
Murid warganegara dan bukan warganegara yang layak, yang genap berumur enam tahun pada tahun semasa persekolahan layak memohon ke Tahun 1.
Contoh : Umur Persekolahan Tahun 1 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017.
Permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:
Secara atas talian (online) melalui portal: https://idme.moe.gov.my
Secara manual – pendaftaran di sekolah.
Murid warganegara berumur 17-20 tahun dan berkelulusan SPM
Syarat Am: Kepujian BM & lulus Sejarah
Syarat Khas: Tiga (3) kepujian subjek (jumlah mata gred tidak lebih 12 (Sains Sosial), 14 (Agama), 18 (Sains))
SMK AGAMA SEGAMAT
SMK CHAAH
SMK DATO’ BENTARA DALAM
SMK LABIS
SMK MUNSHI IBRAHIM
SMK PALONG TIMUR
SMK SEG HWA
SMK TINGGI SEGAMAT
Kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara dalam sijil kelahiran
Permohonan dilakukan di Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Segamat/ Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Permohonan semula bagi kes permohonan pertukaran ke sekolah baru dalam daerah/ antara daerah/ negeri
1. Guru Besar/ Pengetua Sekolah Menerima Permohonan Bersekolahan Murid Bukan
Warganegara Hanya Berdasarkan Murid Tersebut Memiliki Sijil Lahir.
Penjelasan :
Sijil lahir hanyalah sebagai pengesahan tarikh, waktu dan tempat kelahiran seseorang sahaja
dan bukan secara automatik bertaraf warganegara Malaysia walaupun lahir di negara ini. Pihak
sekolah perlu menyemak status kewarganegaraan murid tersebut sebagaimana dinyatakan
dalam sijil lahir sebelum menerima pendaftaran setiap murid.
2. Rasa Simpati Dan Kasihan
Penjelasan :
Guru Besar/ Pengetua menerima dan menempatkan murid bukan warganegara di sekolah atas dasar simpati dan kasihan kerana dibimbangi murid akan tertinggal atau tidak mendapat pendidikan. Setiap murid bertaraf bukan warganegara perlu mengemukakan permohonan bersekolah dengan melengkapkan Borang P.U.(A) 275 dan telah menerima surat kelulusan penerimaan masuk ke sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan daripada Penolong Pendaftar, Jabatan Pendidikan Negeri. Guru Besar/Pengetua juga diingatkan tidak membenarkan/menempatkan murid bukan warganegara belajar secara menumpang di sekolah.
3. Ibubapa/ Penjaga Tidak Menjelaskan Bayaran Fee Dan Bayaran Tambahan
Persekolahan Murid Bukan Warganegara
Penjelasan :
Setiap murid bukan warganegara yang diterima masuk ke sekolah kerajaan/bantuan kerajaan wajib menjelaskan bayaran fee ( RM 120.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM 240.00 setahun bagi sekolah menengah). Ibu/bapa/penjaga perlu mengemukakan resit bayaran fee kepada pihak sekolah sewaktu pendaftaran anak.
Ibu bapa/penjaga juga wajib menjelaskan bayaran tambahan persekolahan untuk murid bukan warganegara ( RM 24.50 bagai sekolah rendah dan RM 33.50 bagi sekolah menengah ). Pihak sekolah berhak memberhentikan persekolahan murid jika ibubapa/penjaga tidak menjelaskan bayaran-bayaran tersebut.
4. Surat-Surat Sokongan Kemasukkan Murid Bukan Warganegara Ke Sekolah
Penjelasan :
Bagi tujuan pendaftaran persekolahan murid bukan warganegara di sekolah, sebarang surat sokongan daripada mana-mana pihak adalah tidak boleh diterima. Murid bukan warganegara hanya boleh diterima pendaftaran persekolahan hanya setelah menerima surat kelulusan daripada Penolong Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri sahaja.
5. Penempatan Murid Bukan Warganegara Ke Kelas Peralihan
Penjelasan :
Murid bukan warganegara tidak boleh ditempatkan di Kelas Peralihan dan terus sahaja ke Tingkatan Satu atau ditempatkan di dalam kelas mengikut umur sewaktu pendaftaran.
Kanak-kanak tanpa dokumen bermaksud anak kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai *sijil kelahiran kerana kelahiran kanak-kanak ini tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
*sijil lahir/MyKid/MyKad
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 – Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah:
Mana-mana salah seorang ibu atau bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara Malaysia.
1.Keluarga (Datuk/Nenek/Ibu Saudara/Bapa Saudara) yang bertaraf warganegara Malaysia dan;
2.Pusat Kebajikan atau Rumah Kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan syarat;
•mengemukakan borang permohonan bersama Surat Kuasa Penjagaan kanak-kanak ini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
•Surat Perintah Mahkamah bagi hak penjagaan; atau
•Sijil Anak Angkat dan
•Sesalinan kad pengenalan pengurus/pengetua pusat sebagai penjaga yang sah.
Ibu bapa/penjaga diberikan tempoh *dua (2) tahun untuk menguruskan permohonan dokumen pengenalan diri (sijil lahir/MyKid/MyKad) dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
*berdasarkan Surat Siaran KPM Bil.3/2018.
Ibu bapa/penjaga perlu kemukakan status terkini permohonan dokumen pengenalan diri (sijil lahir) kepada sekolah pada setiap awal tahun untuk pengekalan kanak-kanak ini bersekolah.
Bagi ibu bapa/penjaga yang gagal kemukakan sebarang permohonan dokumen pengenalan diri selepas tempoh dua tahun tamat, pihak PPD atau JPN boleh menangguhkan persekolahan kanak-kanak tanpa dokumen ini.
Dimohon oleh ibu atau bapa/penjaga kanak-kanak tersebut.
Permohonan hendaklah melalui sekolah atau terus ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (negeri yang tiada PPD) di negeri pemohon.
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang telah disediakan dan disertakan bersama-sama sesalinan kad pengenalan ibu atau bapa/penjaga.
Borang MWTD/SPI.1/2009 (borang permohonan).
Borang MWTD/PKK ( borang pengesahan/perakuan Ketua Kampung).
Permohonan yang telah lengkap, hendaklah dihantar kepada Pegawai Pendidikan Daerah, PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri (negeri yang tiada PPD) di negeri pemohon.
PPD akan mengeluarkan surat penempatan ke sekolah kepada pemohon dan sesalinan kepada sekolah dan JPN.
Kanak-kanak warganegara Malaysia yang bersekolah di sekolah kerajaan / bantuan kerajaan yang telah dikenakan tindakan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 dalam Ordinan Pelajaran 1957.