Program Sijil Pengoperasian Perniagaan adalah program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan praktikal dalam bidang pembangunan sumber manusia, pemasaran, perakaunan dan kewangan, ekonomi perniagaan dan pengurusan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengoperasian perniagaan. Graduan program ini akan memulakan kerjaya sebagai penyelia dalam bidang:
Perniagaan
Pengurusan
Jualan
Keusahawanan
Kewangan
Pemasaran
Sumber Manusia
Pentadbiran
Logistik
Peruncitan