OBJEKTIF
Melatih semangat berpasukan dikalangan pelajar
Melatih pelajar menunjukkan teknik pemasaran/ promosi yang terbaik
Memberi pelajar peluang untuk menunjukkan perletakan harga terbaik bagi produk
Membentuk komunikasi pelajar dengan pelanggan
Melatih pelajar melaksanakan pengiraan untung rugi
IMPAK
1. Membentuk semangat dan ciri keusahawanan di kalangan pelajar.
2. Melatih pelajar menjadi peniaga & usahawan.
3. Membolehkan pelajar merasai suasana sebenar menjalankan perniagaan.
4. Membolehkan pelajar melihat risiko-risiko dalam melaksanakan perniagaan seterusnya cara menyelesaikannya..
KETERANGAN
Aktiviti "Food Tester" & amali jualan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan modul Prinsip Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan di semester 1. Disamping itu ia dilaksanakan bagi mendedahkan dan memberi pengalaman kepada pelajar-pelajarSPP melaksanakan perniagaan. Ini membolehkan mereka merancang, melaksanakan dan menyelesaikan sebarang masalah yang ada sepanjang melaksanakan perniagaan. Ini juga dapat melatih mereka kemahiran kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan mereka.