PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang
81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Ta'zim
PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Pembangunan instrumen PBPPP bermula selepas pemansuhan Penilaian Tahap Kompetensi (PTK) pada Oktober 2010. Selepas pemansuhan PTK, Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) mula mengorak langkah dengan mengadakan Persidangan Penilaian Kompetensi BPPK dan JPN pada bulan Disember 2010, Persidangan Pegawai Kanan KPM pada bulan Januari 2011 dan Persidangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pada bulan Februari 2011 untuk mendapat input dan idea bagi menghasilkan penilaian kompetensi yang boleh diterima oleh semua pihak. Pada tahun 2011, skim perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mula diperkenalkan dan BPPK menggunakan keputusan persidangan yang telah dianjurkan dalam membangunkan Instrumen Penilaian Kompetensi dan Potensi (PROSPEK)
Walau bagaimanapun, pada bulan Februari 2012, SBPA telah dibatalkan dan pelaksanaan PROSPEK ditangguhkan tetapi pembangunan penilaian ini tidak terhenti kerana pada April sehingga Mei 2012, Makmal Government Transformation Programme 2.0 (GTP 2.0) telah membangunkan Instrumen Bersepadu (Unified Instrument) untuk guru berasaskan kerangka instrumen PROSPEK. Kajian terhadap instrumen tersebut telah dilaksanakan kepada semua guru di Negeri Sembilan. Pada 15 Disember 2012, Mesyuarat Pelarasan New Teacher’s Charter (NTC) bersama BPPK, Delivery Management Office (DMO) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah bersetuju supaya BPPK membangunkan instrumen PBPPP. Pembangunan instrumen telah bermula pada tahun 2013 dan menetapkan format instrumen penilaian yang akan digunakan.
Pada peringkat awal, sebanyak 20 instrumen dibangunkan mengikut kumpulan bidang tugas. Walau bagaimanapun, pemetaan semula instrumen dilaksanakan dengan 5 kumpulan bidang tugas utama iaitu Kumpulan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Pengajaran dan Pentadbiran bagi Pentadbir di Sekolah dan Institusi Pendidikan (PT(A)), Pengurusan dan Pentadbiran bagi PPP di PPD, JPN dan Bahagian-Bahagian di KPM (PT(B)), Fasilitator dan Jurulatih dengan menggunakan empat aras penilaian. Bermula tahun 2020, perubahan aras penilaian dalam instrumen PBPPP dari empat aras kepada lima aras telah dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) Induk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019.
PBPPP digubal berdasarkan kepada prinsip asas penilaian berikut:
a. Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada prestasi/ hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
b. Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah pencapaian objektif organisasi.
c. Berfokus kepada penilaian terhadap pegawai mengikut tanggungjawab dan bidang tugas.
•Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi
•Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP
•Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi
•Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi
•Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP
•Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi
•Menilai kompetensi dan potensi PPP
•Menilai keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian) yang merupakan hasil kerja PPP
•Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan
•Mengenal pasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP
4 MAC 2024 - 30 APRIL 2024
6 MEI 2024 - 20 JUN 2024
TAKWIM PBPPP TAHUN 2024
PEGAWAI MEJA PBPPP PPD KOTA TINGGI
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Timbalan PPD (Pengurusan Sekolah)
No. Tel: 07-8833211
Emel: sahri.ammat@moe.gov.my
TN HJ MOHD FAZALI BIN MOHAMAD
Penolong PPD Prasekolah & Rendah
No. Tel: 07-8833250
Emel: mohd_fazali@moe.gov.my
Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6
No. Tel: 07-8833251
Emel: ellif.sarian@moe.gov.my
Tel. : 07-8831012
07-883 3201
Fax : 07-8834008
Kota Tinggi Mengungguli
Sehati Memperkasa Bangsa
e-mel: ppd_kotatinggi@moe.gov.my
laman sesawang: http://jpnjohor.moe.gov.my