SEMINAR PENDIDIKAN JOHOR KALI KE - 4 (SPJ- IV)
SEMINAR PENDIDIKAN JOHOR KALI KE - 4 (SPJ- IV)
Kelestarian dan peningkatan kualiti pendidikan memerlukan wadah diskusi ilmiah. Sehubungan dengan itu Seminar Pendidikan Johor Kali ke-4 (SPJ-IV) direncana untuk menemukan pakar-pakar bidang pendidikan bagi merancang strategi masa depan pendidikan di Johor khususnya dan di Malaysia amnya.
Penganjuran seminar ini menjadi medan bagi kalangan penyelidik di universiti, Institusi pendidikan, dan sekolah dari seluruh Malaysia membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan dan pembangunan generasi madani yang diingini. Isu-isu yang akan dibincangkan ke arah kelestarian pendidikan dan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh.
Peranan UTHM dalam melaksanakan seminar ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan dalam pendidikan dan menjadi perantara agensi kerajaan, swasta dan pelabur. Kepentingan UTHM dan Institusi Pendidikan di Johor sebagai penggerak utama dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Johor adalah sangat perlu kerana merekalah pemimpin hadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan generasi madani masa kini.
Penglibatan peserta dalam SPJ 2016 (kali pertama) dan SPJ 2017 (kali ke-2) tidak terhad kepada mereka yang dilahirkan atau berada di Johor sahaja, manakala SPJ kali ke-3 merupakan peserta dari institut pendidikan di sekitar Johor sahaja. Peserta juga boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyumbang ilmu dan kemahiran demi kelestarian pendidikan ke arah kemenjadian generasi Madani. Penglibatan yang menyeluruh daripada pakar-pakar pendidikan yang tidak terhad kepada batasan geografi, bangsa, agama dan negara. Sehingga tahun 2024, sebanyak tiga penganjuran telah berjaya dilaksanakan.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pendidikan untuk Kesejahteraan Sosial: Menginspirasikan Inovasi dan Kepimpinan di Era Malaysia Madani (Education for Social Well-being: Inspiring Innovation and Leadership in the Malaysia Madani Era)
Pendidikan Teknikal & Vokasional
Pengurusan & Kepimpinan
Kurikulum & Pengajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Pentaksiran & Penilaian
Inovasi & Teknologi Pendidikan
Pembangunan Pekerjaan & Kerjaya
Teknologi & Inovasi
Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM)
Pendidikan Pembangunan Manusia (Pendidikan Khas, Pendidikan Awal kanak-kanak, Pendidikan Pemulihan, Bimbingan Kaunseling, Psikologi Pendidikan)
Sains sosial (Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni)
Bahasa
Digitalisasi Pendidikan
SDG 4 Kualiti Pendidikan
Karakter Murid Johor
Objektif umum SPJ kali ke-4 ini adalah menggabungkan tiga kluster iaitu seminar pasca siswazah, pertandingan inovasi dan bengkel dalam satu platform yang sama. Peserta program ini dapat menyertai ketiga-tiga program melalui satu platform yang sama. Antara objektif khusus SPJ kali ke-4 adalah untuk
Memberi peluang kepada pelajar khasnya pelajar pasca siswazah mendapatkan input terkini hasil kajian-kajian yang dibentangkan oleh peserta melalui Seminar Pascasiswazah dalam SPJ kali ke-4.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan idea inovasi atau berkongsi hasil inovasi mereka melalui platform Pertandingan Inovasi dalam SPJ kali ke-4.
Memberikan peluang kepada semua warga pendidik termasuk pelajar untuk menyertai bengkel bagi mendapatkan latihan TVET yang terpilih.
Mewujudkan jaringan kolaboratif bersama pemain-pemain utama dalam bidang pendidikan dan pendidikan guru di Johor khususnya, dan Malaysia secara amnya.
Memberikan nilai tambah pendidikan dalam kalangan guru untuk diaplikasikan dalam karier masing-masing.
Membincangkan isu lokal dan global dalam pendidikan secara holistik, serta menyebarkan hasil-hasil penyelidikan dan berkongsi maklumat saintifik menerusi pembentangan hasil penyelidikan dan juga produk inovasi.
Memberi peluang kepada pembuat dasar, pendidik, dan masyarakat untuk membincangkan dan mencari penyelesaian kreatif untuk cabaran yang tidak dapat diselesaikan dalam pendidikan dan pelaksanaan polisi-polisi yang berkaitan.
SPJ kali ke-4 ini menyediakan satu platform untuk perkongsian ilmu penyelidikan, penyebaran dapatan penyelidikan yang bertepatan dengan tema kali ini dalam transformasi ke arah mencapai kemenjadian generasi madani melalui pelbagai bidang pendidikan. Seminar Pendidikan Seminar IV (SPJ-IV) merupakan gabungan tiga kluster iaitu Seminar Pasca Siswazah, Bengkel dan Pertandingan Inovasi. Justeru itu, seminar ini dapat menunjukkan bahawa UTHM turut menghargai sumbangan penting warga pendidik kepada sistem pendidikan dan kemenjadian generasi madani.
8-9 Oktober 2025 (Rabu dan Khamis)
2 Hari
(Bermula Jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang).
Dewan Sultan Iskandar dan Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Perasmi Majlis Penutupan:
Yang Berhormat Puan Nor Rashidah binti Ramli
Wakil Rakyat ADUN Kawasan Parit Raja
Ucaptama yang dicadangkan bagi pembentangan kertas kerja adalah:
a) Haji Mohd Hanafi Bin Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
b) Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, EXCO Pendidikan Johor
c) Profesor Emeritus Dr. Jailani bin Md Yunos, FPTV, UTHM
Seminar ini dijangka menarik minat pembentang dalam kalangan penyelidik di universiti, Institusi pendidikan, dan sekolah dari seluruh Malaysia. Penyertaan dalam kalangan pelajar yang mengikuti program pendidikan juga dipelawa menyertai seminar ini. Pembentangan adalah secara fizikal atau virtual.
Kesemua kertas kerja dalam bentuk extented abstract untuk seminar pascasiswazah dan pertandingan inovasi yang diterima dan diperaku akan diterbitkan dalam prosising SPJ IV dengan ISBN. Selain itu, kertas kerja yang berpontensi akan dipelawa untuk menyiapkan artikel dengan bayaran tambahan untuk terbitan special issue berikut :
a) MyCITE indeks
b) SCOPUS indeks