Kelas Reka Bentuk dan Teknologi bersama Cikgu Khir bin Masbol tentang teknik lakaran di Smart Classroom @ BOSS
13 Orang pelajar berkumpul bagi menghadiri telesidang bersama SK Nurmiza Hannah yang melanjutkan pelajaran di Hanyang University, Korea Selatan.
Perkongsian berkenaan gaya pembelajaran masyarakat Korea Selatan dan inovasi yang telah mereka jalankan.
Sesi PLC dijalankan di dalam Smart Classroom@BOSS dengan menggunakan tv digital sebagai medium untuk mencari maklumat bagi menjana idea yang lebih efektif.
Guru-guru SPBT menjalankan perbincangan berkenaan penambahbaikan yang bakal dijalankan pada masa akan datang.
Perjumpaan antara Skuad SPBT dan Cikgu Zawawi MD Noordin untuk mendapatkan tatacara penghasilan laman web SPBT.
Sesi ini melibatkan dua orang skuad SPBT bersama Guru ICT Sekolah Tun Fatimah, Cikgu Zawawi MD Noordin
Program CSR @ SSR di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah,Cameron Highland dengan menterjemahkan kandungan buku teks ke dalam bentuk video bagi mengasah soft skill dalam kalangan pelajar asal @ asli.
Program Professional Learning Community (PLC) antara Sekolah Tun Fatimah dengan Cik Roziana dan Cik Wan Nur Nasuha dari SMK Taman Daya 2 berkenaan TV SPBT di Bilik Operasi Buku Teks Sekolah Tun Fatimah.
Kelas dijalankan selama 1 jam dengan bantuan Smart Android TV dan Ipad pelajar.
Kelas bahasa Korea dimulai dengan asas bacaan huruf hangul (vowel, konsonan)
Seramai 12 orang pelajar daripada kelab memanah dipilih untuk menyertai bengkel memanah ini yang diadakan pada 21 Oktober 2020.
Bengkel ini dijayakan dengan bantuan guru kelab memanah iaitu, Ustaz Ahmad Syafiq bin Yusof dan Cikgu Wardah Mohd Yasin.
Bengkel memanah ini diberikan oleh Encik Azizul Aqmar bin Mohd Razali, guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Amar, Johor Bahru. Bengkel ini berlangsung dari jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.
Kelas Tahsin Al-Quran bersama Ustazah Normalina binti Pungot, Guru Al-Quran Bertauliah dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Kelas ini diadakan pada 26 Oktober 2020, iaitu selaras dengan hari Isnin.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan mengenai asas-asas ilmu perkembangan al-Quran, memberi pendedahan tentang sejarah perjalanan al-Quran dan memberi pengetahuan mengenai asas-asas ilmu tajwid
Hadiah lumayan disediakan kepada peserta yang kreatif.
Pelajar dikehendaki untuk menghantar hasil penyertaan melalui QR code yang disediakan.