Selamat Datang Ke Hospital Alor Gajah, Melaka
Website ini menyediakan maklumat berkaitan Sustainability Program di Hospital Alor Gajah
Hospital Alor Gajah merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Hospital ini dibina di atas tanah seluas 24 ekar dan telah mula beroperasi pada 18 Februari 2013. Ia dibangunkan berdasarkan konsep hospital kluster dan pada awalnya menyediakan sebanyak 78 katil untuk pesakit di wad, sebelum dinaik taraf kepada 95 katil. Sehingga tahun 2025, Hospital Alor Gajah mempunyai 106 katil berdaftar.
Hospital Alor Gajah merupakan hospital bukan kepakaran (non-specialist) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dan jabatan, termasuklah Perkhidmatan Diagnostik dan Rawatan, Perkhidmatan Sokongan Perubatan, Perkhidmatan Sokongan Bukan Perubatan, Perkhidmatan Latihan dan Pendidikan serta Kemudahan Pentadbiran.
Hospital ini dilengkapi dengan empat (4) buah wad utama iaitu Wad 2A (wad lelaki), Wad 2B (wad wanita dan kanak-kanak), Wad 2C (Wad ICU) serta Wad 2C Bilik Bersalin.
Hospital Alor Gajah merupakan pusat kesihatan kluster Melaka yang moden dan komprehensif. Bermula sebagai hospital lama sejak 1906, kini beroperasi sepenuhnya sejak 2013 dengan kapasiti 106 katil. Menawarkan perkhidmatan bukan kepakaran lengkap termasuk dewan bedah, ICU dan unit kecemasan. Terlibat aktif dalam pengurusan tenaga dan turut menempatkan wad khusus semasa pandemik COVID‑19.
EAC 1 : MINHAD BIN HARON (Engineering Plant)
EAC 2 : TN. HJ. MOHD SYAHMI RAMZI BIN SALIHAN (Pengurusan)
EAC 3 : AZIZAN BIN MUSA (Sokongan Klinikal)
EAC 4 : MATRON MASRITAWATI BINTI SAHAT (Klinikal)
Polisi Tenaga bagi Hospital Alor Gajah telah disahkan oleh Pengarah Hospital Alor Gajah, Dr Ahmad Helmi Bin Hamdan dan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 sehingga kini.
Validity :
1 December 2017 - 30 November 2019
Validity :
1 August 2020 - 31 July 2022
Validity :
1 April 2022 - 31 March 2024
Sijil National Building Energy Label ini merupakan pengiktirafan rasmi yang menilai prestasi kecekapan tenaga bangunan berdasarkan penggunaan tenaga tahunan.
Bagi Hospital Alor Gajah, bangunan ini telah dikategorikan sebagai Hospital Kerajaan (Bukan Pakar) dan merekodkan Building Energy Intensity (BEI) sebanyak 168 kWh/m²/tahun bagi tahun 2024. Nilai BEI ini menunjukkan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap meter persegi keluasan bangunan dalam tempoh setahun.
Pencapaian penarafan 5 bintang menandakan bahawa hospital ini berada pada tahap kecekapan tenaga yang sangat baik, dengan Energy Efficiency Ratio (EER) sebanyak 0.60, iaitu penggunaan tenaga yang lebih rendah berbanding bangunan rujukan.
Secara keseluruhannya, sijil ini membuktikan bahawa Hospital Alor Gajah telah mengurus penggunaan tenaga secara cekap, menyokong inisiatif penjimatan tenaga, pengurangan kos operasi serta usaha kelestarian alam sekitar selaras dengan dasar tenaga negara.
Hospital Alor Gajah, Melaka telah menerima pengiktirafan Merit bagi Kategori 1: Pengurusan Tenaga (Bangunan Besar) sempena National Energy Awards (NEA) 2022.
Anugerah ini disampaikan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang hospital dalam aspek pengurusan tenaga yang berkesan di bangunan berskala besar.
Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 9 Mac 2023 (Khamis) dan disampaikan oleh YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Hospital Alor Gajah telah diumumkan sebagai Pemenang bagi Kategori 1: Pengurusan Tenaga (Pengurusan Tenaga bagi Bangunan Besar) sempena National Energy Awards (NEA) 2023.
Anugerah berprestij ini dianugerahkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan pencapaian luar biasa hospital dalam pengurusan tenaga yang efisien di bangunan berskala besar.
Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, pada 8 Mac 2024.
Hospital Alor Gajah telah dianugerahkan Pensijilan "GreenPASS Operation" oleh SEDA Malaysia bagi tahun penilaian 2019, dalam kategori Penilaian Bangunan.
Karbon Rendah (Low Carbon Buildings Assessment).
Hospital ini telah mencapai pengurangan pelepasan karbon sebanyak 13.74%, bersamaan dengan 385.66 tan CO₂ setahun, atau penjimatan tenaga elektrik sebanyak 555,700 kWh setahun.
Pengiktirafan ini dianugerahkan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia dengan taraf penarafan iaitu Diamond Rating (2 berlian) atas kejayaan dalam amalan operasi cekap tenaga bagi penggunaan elektrik.
Sijil ini dikeluarkan pada 10 Februari 2020, berdasarkan prestasi tahun pelaporan 2019
Hospital Alor Gajah telah dianugerahkan Pensijilan Penghargaan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2024 sempena Anugerah Hijau Melaka.
Anugerah Hijau Melaka
Hospital ini memperoleh kategori Emas Pembudayaan Hijau sempena Anugerah Hijau Melaka pada 27 September 2024 anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka.
Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Hospital Alor Gajah telah dianugerahkan Pengiktirafan Diamond oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah bagi Rakan Kongsi Rendah Karbon.
Rakan Kongsi Karbon Rendah
Hospital ini telah mencapai pengurangan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 35.82% sejak 2022, bersamaan dengan 1,036.47 tan CO₂eq.
Pengiktirafan ini dianugerahkan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam dengan taraf penarafan iaitu bagi kategori
Tenaga : 4 Diamond
Air : 3 Diamond
Sisa : 3 Diamond
Sijil ini dikeluarkan pada tahun 2023, berdasarkan prestasi tahun pelaporan 2022.
Hospital Alor Gajah telah dianugerahkan Pensijilan Malaysian Carbon Reduction And Environmental Sustainability Tool (MyCREST) .
MyCREST
Hospital ini memperoleh 3 Star Rating pada 14 Ogos 2023 dan penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Ir. M. Ramuseren, Cheif Executive Officer (CEO) MyCREST.