Stratifikasi sosial lazimnya diertikan sebagai perbezaan tahap pengekelasan dalam sesebuah struktur sosial namun diterima umum oleh masyarakat (Rohana, 2010). Oleh hal yang demikian, terdapat kesan sampingan yang telah berlaku rentetan daripada kewujudan statifikasi sosial ini berkaitan bidang pendidikan yakni telah merangkumi pelbagai aspek seperti institusi sosial, sekolah, keluarga dan masyarakat. Hal ini bersangkut paut pula terhadap perkembangan sosiobudaya di sekolah yang telah menjadi faktor utama yang mempengaruhi kepelbagaiaan sosiobudaya hingga mendatangkan implikasi terhadap komuniti sekolah dan pendidikan itu sendiri.
Stratifikasi Hierarki
Stratifikasi berlaku kerana ada pembahagian peranan dalam sesebuah institusi sosial seperti institusi keluarga, organisasi sosial, pekerjaan, dan sistem pentadbiran yakni memerlukan individu tersebut untuk saling menyokong dan memberi kerjasama untuk mencapai satu matlamat sosial yang sama.
Bentuk dan sifat stratifikasi ini termasuklah stratifikasi sosial semulajadi (keturunan), stratifikasi sosial yang dibina (jawatan rasmi), stratifikasi ekonomi (simpanan) dan politik (kekuasaan). Secara tidak langsung, stratifikasi ini sebenarnya telah memainkan peranan besar dalam konteks pendidikan iaitu dalam sistem persekolahan di sekolah.
3 Isu Utama Berkaitan Sosiologi