1. Apakah keterangan tentang produk ini?
Polisi ini memberikan perlindungan keatas liabiliti terhadap kecederaan atau kematian pihak lain, kerosakan harta pihak lain, dan kerosakan akibat kebakaran atau kemalangan terhadap kenderaan anda atau kecurian terhadap kenderaaan anda.
2. Apakah perlindungan / pilihan tambahan yang disediakan?
Polisi ini mengandungi: Kecederaaan atau kematian terhadap Pihak Ketiga Kerugian atau Kerosakan harta benda terhadap Pihak Ketiga Kerugian atau kerosakan kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan.
Tempoh Perlindungan adalah untuk setahun. Anda perlu membuat pembaharuan tahunan insurans.
3. Berapakah premium yang perlu saya bayar?
Pada fasa pertama liberalisasi motor, premium yang perlu anda bayar akan berdasarkan ciriciri risiko.
*Semakin tinggi potensi risiko, semakin tinggi premium. Semakin rendah potensi risiko, semakin rendah premium.
Sebagai contoh: RM Premium Asas XXX Tolak NCD (jika ada) (XXX) Tambah Pilihan Perlindungan Tambahan XXX Tambah Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) XXX Tambah Duti Setem 10.00 Jumlah perlu dibayar XXX
*Kecuali Perlindungan Pihak Ketiga Jumlah yang diinsuranskan adalah berdasarkan nilai pasaran semasa kenderaan merujuk kepada pangkalan data sistem penilaian kenderan ISM-ABI. Diskaun Tiada Tuntutan - Premium yang dibayar boleh dikurangkan jika anda layak untuk Diskaun Tiada Tuntutan (No-Claim-Discount, NCD). NCD merupakan ganjaran kepada anda kerana tidak membuat tuntutan ke atas polisi anda sepanjang 12 bulan lalu. Kadar NCD yang berbeza disediakan untuk kelas kenderaan yang berbeza.
Pilihan Perlindungan Tambahan Motor yang anda boleh beli dengan membayar premium tambahan: Kereta Persendirian: Perlindungan Kunci Pintar (Bukan Tarif)* Perlindungan Cermin Kereta
* Perlindungan Semua Pemandu (Hanya untuk Kenderaan Persendirian yang didaftarkan di bawah nama Syarikat /Organisasi)
* Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang – Kenderaan Persendirian Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang – Kenderaan Persendirian
*Bencana Khas atau Bencana Khas Terhad (Bukan Tarif), Banjir, Ribut, Ribut Kencang, Tanah Runtuh, Gelinciran Tanah, Penenggelaman Tanah atau Malapetaka yang lain. Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
* Perlepasan NCD Tahun Semasa
* Pampasan Untuk Tempoh Pembaikan yang Dianggarkan
* Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu (Bukan Tarif)
* Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk keterangan lanjut berkenaan Jadual Manfaat Insurans Kemalangan Diri Pemandu.
4. Apakah pengecualian utama di bawah polisi ini?
Polisi ini tidak melindungi kerugian seperti: Kematian atau kecederaan anggota diri sendiri akibat kemalangan motor.
** Liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang-penumpang dalam kenderaan anda.
** Kecurian aksesori kenderaan yang bukan dipasang di kilang (stereo kereta, kerusi kulit, ‘sport rim’ dan sebagainya), kecuali dinyatakan.
** Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh, kerosakan mekanikal atau elektronik atau pemecahan; dan Kerugian, kerosakan atau liabiliti akibat kejadian semulajadi seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
** Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
** Pengecualian di atas boleh diinsuranskan dengan premium tambahan.
5. Bolehkah saya membuat pembatalan polisi saya?
Anda boleh membatalkan polisi ini pada bila-bila masa dengan memberitahu Kami secara bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan premium berdasarkan kadar jangka pendek biasa seperti berikut, tiada bayaran balik premium sekiranya premium yang dikenakan adalah premium minimum.