❤️AUTHOR: SOFEAINYN
❤️PRICE: RM 1 & FREE 1 EBOOK (SEHINGGA 10 JUN SAHAJA)
❤️PAGES: 149
❤️SINOPSIS:
"Aku terima nikahnya Bunga Andrea..." - QASH ARJUNA
Qash Arjuna, janjinya ingin hidup bersama, kekal hingga ke jinjang pelamin. Janji manis dilempar bagai tiada esok hari. Butakan mata Puteri Illiyen bersama janji manisnya.
Namun, ternyata dia bermain kotor. Permainannya sungguh hebat. Bukan yang sudah lama di sisi menjadi dambaan tetapi… wanita sementara itu menjadi permaisuri hidup. Maka, remuklah hati wanitanya. Ingatkan ke jinjang pelamin bersama Illiyen, rupanya bersama orang lain.
"Andai perkahwinan kita gagal, abang akan dapatkan Arjuna demi Puteri."
QUE ASHLEEN.
Hadirnya mengejut sekali gus membongkar segala rahsia yang tersimpan kemas. Sayang sekali, tak pernah Illiyen percaya akan kata-kata itu. Masih memegang ketidakpastian, Illiyen yakin Arjuna hanya untuk dia seorang.
"Kelak, you akan tahu betapa sakitnya keyakinan yang keterlanjuran."
PUTERI ILLIYEN
Nak bicara, jangan terlalu yakin. Nanti sakit sendiri susah. Lamaran tadi dianggap mainan. Pun begitu, jawapan positif menjadi sasaran. Tujuan utama adalah untuk membuktikan cinta sejati yang hadir dalam diri hanya untuk Arjuna.
Tatkala kaki mula melangkah masuk ke dalam hidup jejaka itu, lain pula yang jadi. Yang pahit terasa manis. Yang indah terbentang luas. Adakah kata-kata memakan diri sendiri? Bukankah cintanya buat Arjuna seorang?
Dirinya sesak akan realiti. Lalu, pulanglah dia ke fitrah asal hingga lupa tugas hakiki.
"Pulanglah sayang..." -QUE ASHLEEN
Dia cuma seorang insan biasa yang terlalu yakin dengan cinta sejati. Sekali takdir datang menentang, tertunduklah di posisi. Lantas, bagun untuk melawan arusnya. Tapi, adakah dia sanggup? Mampukah seorang Illiyen gapai semula hak-nya dahulu. Atau mungkin, dia sudah mengalah. Terima akan segala ketentuan dan kembali ke arus takdir yang sebenar.
❤️TEASER 1:
“Apa mak? Bising-bising ni kenapa? Apa masalah? Kenapa tak teruskan aje jumpa Suha a.k.a anak kesayangan tak diiktiraf mak tu?" Illiyen peluk tubuh. Sebelah tangan memeluk tubuh manakala sebelah lagi menutup bahagian atas mata. Acah berlindung dari cuaca panaslah katakan.
Puan Qariha senyum tipis. Seperti biasa, dia juga sudah lali dengan perangan si anak. Menyakiti hati ibu bukan satu masalah besar bagi Illiyen.
"Tolong kutip baju ni sekejap," arah Hajah Qariha, lembut. Langsung tak ada marah dalam diri.
Ampaian baju Illiyen pandang. Banyak betul baju. Ini baru tiga hari dah serupa tiga bulan. Bukannya ramai mana pun orang di dalam rumah ni.
"Tolong tau Iyen. Takut nanti hujan. Orang tua-tua kata kalau tengah hari panas terik macam ni, ini petanda nak hujan," kata Hajah Qariha.
Ternganga Illiyen. Dari mana mak dapat andaian seperti itu. Biar betul. Apa kena mengena tengah hari dengan petang. Atau memang orang dahulu memang suka kaitkan sesuatu dengan benda pelik-pelik?
"Dari mana mak dapat andaian pelik tu?" soal Illiyen seraya kaki ditapak menuju ke ampaian yang tidak jauh dari situ.
Hajah Qariha memerhati. Sememangnya begitu perangai Illiyen. Mulut memberontak tapi tetap buat. Terkumatkamit membebel tapi masih melakukan tugas. Cuba cakap macam mana dia tak sayang? Satu per satu baju diambil. Panas terik betul hari ini. Baju di ampaian siap berbunyi lagi apabila dironyokkan. Sedar tak sedar, kerjanya habis. Apa lagi, terus laju dia menapak ke arah Hajah Qariha semula.
"Nah, upah. " Hajah Qariha menghulurkan not kertas RM 100.
Melihat itu, terus bersinar mata Illiyen.
❤️TEASER 2:
“Puteri, abang merayu. Keluarlah dari dunia cinta Puteri sekarang. Arjuna. Dah. Lama. Curang."
Menggelegak juga hati Illiyen saat Que Ashleen kata Arjuna curang. Satu, dia sudah lambat untuk pulang ke rumah sewa. Dua, drama apa yang Que Ashleen cuba lakukan. Ikutkan hati sudah lama dia tolak Que Ashleen biar tersembam di atas jalan tar.
Macam tak ada motif. Kehadiran yang tiba-tiba.
"Okey abang akan diam dan abang akan balik. Tapi tolong dengar. Segala info yang abang dapat, abang cari sendiri. Perkahwinan ayah Arjuna dengan mak abang sampai sekarang dirahsiakan dan ia akan kekal rahsia. Lagi satu, serius demi apa pun apa yang abang cakap adalah perkara benar. Terpulang kepada Puteri mahu percaya atau tidak.”
"Mak abang lari tinggalkan abang bila dapat tahu ayah kahwin dengan mak Arjuna, iaitu mak tiri abang. Dan abang, terpaksa membesar dengan arwah atuk sampai abang besar. Semua info yang abang berikan kepada Puteri adalah benar dan sahih. Dari mana abang dapat, itu tak penting."
Kata-kata Que Ashleen terngiang-ngiang lagi di telinga. Makin dikatup telinga, makin jelas kedengaran.
“Puteri, tolong. Ya? Keluar dari dunia Arjuna.”
"Ish! Berhentilah! Diam! Aku benci dengar suara tu!" Illiyen separa bertempik.
❤️TEASER 3:
Arjuna kerling Illiyen sekilas. Lain maciam! Illiyen di sebelah sibuk membetulkan turban yang dari tadi tak betul. Ada saja masalah yang timbul. Tanpa dipinta, idea mula terbit di kotak fikiran. Idea yang dia rasakan tak ada apa-apa masalah.
"Buka ajelah turban tu,” kata Arjuna spontan.
Langsung tak berkias! Terdiam Illiyen seketika. Mana pernah Arjuna minta perkara sebegitu sebelum ini.
“Hahaha.” Nak kena cuak ke sekarang ni? Illiyen fikir sejenak.
"Lawak ke?" Arjuna cebik. Orang nak mudahkan kerja dia. Dari tadi betulkan turban tapi hasilnya tetap sama. Terherot-herot. Sekejap lagi lepas menari mesti lagi serabai.
❤️TEASER 4:
“Terima kasih.”
Eh? Sekilas Que Ashleen menoleh. Betulkan apa yang dia dengar? Illiyen bercakap dengan dia?
Illiyen pandang Que Ashleen. Bersabung lagi panahan mata. Menghantar satu rasa nan sukar ditafsir.
Terima kasih sebab selamatkan I. I tak tahu apa yang you cuba lakukan tapi jujur, I mula selesa dengan you. Eh? Tak perlu rasanya nak cakap macam tu. Jangan anggap benda bukan-bukan. Pegang teguh pada janji Arjuna, Illiyen. Illiyen kekal ego. Tak akan sama sekali dia kata begitu. Geli pula apabila dia ingat apa yang dirangka dalam otak.
“Kenapa you buat macam ni kepada I?" Lontarnya halus.
Jauh dari sudut hati, dia rasa bersalah. Bersalah dengan apa yang pernah dia lakukan. Que Ashleen pernah menjadi mangsa tengkingannya suatu ketika dahulu. Di mana situasi dia diragut. Situasi Que Ashleen cuba menyerabutkan lagi fikirannya.
“Tak ada sebab," jawab Que Ashleen.
Sebabnya, Puteri adalah insan yang paling penting dalam hidup abang. Mana mungkin abang benarkan Arjuna buat perkara tak elok pada Puteri. Sedangkan abang tahu bahawa abang bukanlah sesiapa. Hanya mampu menjadi penyelamat dari jauh.Ayat itu... hanya mampu dia ungkapkan dalam hati.
❤️TEASER 5:
Buat orang jahat, Que Ashleen.
Abang jahat sebab selalu ada dengan Puteri. Tapi, kejahatan abang buat Puteri sedar yang mana satu permata dan bintang. Ya keduanya indah namun Puteri lebih rela dekat dengan permata. Sedang bintang, nun jauh di angkasa. Sukar mahu digapai oleh Puteri.
Que Ashleen tersenyum sendiri. Pandai juga isterinya bermadah. Permatalah, bintanglah. Nasib bukan binatang. Lagi, sambungan surat dilihat.
Dengan penuh dosa di badan, maaf diminta tanpa berdepan. Puteri harap abang maafkan semua salah Puteri. Bermula dari detik pertama kita terjumpa semula. Halalkan segala yang pernah abang beri dan buat. Tanpa abang, barangkali Puteri hanyut sendirian.
Air mata mengalir deras. Kertas hampir renyuk dek pegangannya. Sayang, maafmu sentiasa terbuka.
Abang rasa, siapa permata dan siapa bintang?
Dahi Que Ashleen berkerut. Lalu dia senyum. Berkali baca responnya tetap sama.
Abang,
Puteri janji Puteri pergi tak lama. Abang jaga diri. Jaga hati. Sebab… hati abang milik Puteri dan hati Puteri milik abang. Janji, kita akan mula hidup baru tetapi buat masa sekarang izinkan Puteri pergi. Dan jawapan untuk soalan tadi, pemenangnya abang. Permata kesayangan Puteri.
Sayangmu, Puteri Illiyen.
‘Kontrak kita sampai syurga - puteri hidupmu’