Kejohanan Sofbol MSS Sabah tahun 2024 ini julung kali diadakan di Daerah Sipitang. Kejohanan ini berlangsung selama selama 4 hari melibatkan 13 daerah iaitu Beaufort, Keningau, Kinabatangan, Kota Kinabalu, Kudat, Papar, Penampang, Tawau, Tenom, Tuaran, Sandakan, Semporna dan Sipitang selaku tuan rumah. Kejohanan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah (MSSS) dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Sipitang, SMK Padang Berampah dan SK Meligan, Sipitang.