Tanggungjawab adalah pemenuhan kewajiban, atau peduli ketika membuat keputusan atau melakukan sesuatu. Tanggungjawab juga adalah kenyataan bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu. Tanggungjawab dianggap yang berkualiti dan nilai manusia. Ini adalah ciri positif orang yang dapat melakukan dan bertindak dengan betul.
Tanggungjawab sosial adalah komitmen, kewajipan individu, anggota masyarakat atau syarikat untuk secara sukarela menyumbang kepada masyarakat yang lebih adil dan melindungi alam sekitar. Tanggungjawab sosial ini dapat dilaksanakan oleh individu atau kakitangan syarikat atau organisasi.
Tanggungjawab sosial berpunca dari keprihatinan pihak individu, pihak berkuasa awam dan institusi terhadap kerosakan yang disebabkan oleh alam sekitar akibat kegiatan ekonomi. Oleh itu, mereka memberi tekanan kepada pihak yang bertanggungjawab terhdap perusahaan untuk persyaratan linkungan Negra untuk menyatakan undang-undang alam sekitar, serta memverifikasi aplikasi.
Tanggungjawab sosial juga adalah konsep normatif, tetapi tidak wajib, iaitu tidak mempunyai kekuatan hukum. Walaupun begitu, hal ini tidadk dapat diabaikan kerana masyarakat perlulah mengamalkan sikap matang dan menyedarkan diri masyarakat. Pematuhan dengan tanggungjawab sosial menghasilkan faedah bagi masyarakat dan syarikat atau organisasi kerana meningkatkan reputasi untuk memupuk kepercayaan masyarakat dan meningkatkan kesihatan perkerja dan individu yang membentuk masyarakat.
Konsep tanggungjawab sosial adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk meletakkan ataupun mengembalikan sesuatu keadaan agar mencapai kesejahteraan hidup bagi golongan yang memerlukan. Melalui bantuan-bantuan tersebut, secara tidak langsung kemiskinan dalam negara dapat dikurangkan dan ekonomi negara dapat dibangunkan. Lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan yang secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dengan itu, masyarakat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Kesimpulannya, tanggungjawab sosial ini boleh dijadikan sebagai kesan positif kepada syarikat dan masyarakat termasuk juga agama, bangsa dan negara.
Mengetahui dan menghayati kepentingan etika dalam menjalani kehidupan seharian sama ada sebagai pelajar atau pekerja. Selain itu, memahami dan menghayati kepentingan mereka untuk berperanan aktif falam menjalankan tanggungjawab social bagi mendokong usaha mewujudkan masyarakat yang sejahtera, adil dan selamat sserta peka dan menyedari tentang pentingnya usaha mengekang amalan tidak beretika
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM ASPEK PELAJAR (PENDIDIKAN)
Pelajar adalah individu atau sesiapa yang sedang menuntut ilmu atau erti kata lain berguru. Dalam merealisasikan tanggungjawab sosial, pelajar menunjukkan menunjukkan tanggungjawab sosial yang ketara kepada kepentingan masyarakat ataupun komuniti pada era ini.
Dalam skop pelajar, mereka dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan secara praktikal mahu pun teori yang sedia ada ke dalam aktiviti kemasyarakatan. Contohnya, dengan menjalankan program khidmat masyarakat seperti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menunjukkan sikap peduli terhadap masyarakat. Program sebegini kebiasaannya pelajar menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi masyarakat. Seperti, membina sistem pengumpulan air hujan iaitu salah satu inisiatif untuk menangani masalah bekalan air. Perkara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan sosial antara pelajar dan masyarakat.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEBAGAI PROFESIONAL (PEKERJA)
Pekerja adalah individu atau tenaga buruh yang terlibat dalam menyumbangkan sumber tenaga manusia daripada peringkat atasan sehingga ke peringkat bawahan dalam sesebuah organisasi. Pekerja mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan perkhidmatan yang sak sama kepada semua tanpa mengira latar belakang. Dengan itu dapat melahirkan pekerja yang lebih beretika, tidak mementingkan diri, bertimbang rasa terhadap keperluan masyarakat dan golongan yang memerlukan.
Alam sekitar lazimnya merangkumi segala benda hidup mahupun tidak hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi.
Manusia (kita) perlu memahami apa kepentingan memelihara ekosistem alam sekitar supaya sentiasa dalam keadaan yang stabil. Hal ini kerana manusia adalah sebahagian daripada ekosistem yang terdapat dalam hukum ekologi semulajadi. Ketidakfahaman terhadap memelihara alam sekitar dapat mengganggu keseimbangan ekosistem secara kesuluruhannya. Contohnya, pencemaran air di Jerantut akibat pembuangan bahan toksik dari industri ke sungai. Perkara sebegini dapat menjejaskan kesihatan manusia dan menjejaskan aktiviti harian manusia.
Masyarakat
Dari segi masyarakat, aktiviti tanggungjawab sosial yang dijalankan akan mewujudkan sifat-sifat berikut seperti meningkatkan persefahaman antara sesama sendiri. Hal ini adalah kerana apabila kita telah menerapkan nilai ini ke dalam diri kita, kita lebih senang untuk bertolak ansur dengan orang sekeliling.
Selain daripada itu, nilai ini juga dapat mengukuhkan jati diri kita. Hal ini disebabkan kita akan lebih disiplin dalam kehidupan seharian kita dari segi pergaulan terutamanya kerana apabila kita berada dalam pergaulan yang tidak sihat, kita akan terjerumus ke dalam jurang masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah terutamanya golongan remaja.
Seterusnya nilai ini juga dapat memberi impak yang baik kepada kesihatan diri kita dari segi fizikal dan mental kerana amalan hidup kita akan lebih teratur dan terjaga. Hal ini dapat diwujudkan daripada amalan pemakanan sihat dan melakukan aktiviti senaman secara berterusan
Keluarga
Dari segi keluarga pula, tanggungjawab sosial harus diamalkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dari kecil bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini akan meningkatkan semangat jati diri yang baik dan mampu untuk bertoleransi dengan masyarakat sekeliling.
Selain daripada itu, pengamalan tanggungjawab sosial kepada anak-anak dari kecil juga dapat melahirkan sebuah individu yang mampu berfikir secara rasional dalam mengambil sesuatu keputusan.
Tanggungjawab sosial dalam negara
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara amnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya. CSR pada hari ini bukan sahaja bertujuan untuk mengkomersialkan ataupun penjenamaan sesebuah organisasi, program sebegini dapat membantu untuk pembangunan komuniti. Hal sebegini juga mampu membuka minda dan menerapkan nilai-nilai moral kepada masyarakat sejagat. Seperti kempen iklan CSR Petronas Burung Murai yang telah disiarkan dalam tahun 2007 secara amnya menyasarkan golongan belia yang berada di Malaysia. Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan untuk mengenal pasti pengaruh kempen CSR yang dijalankan oleh syarikat organisasi dalam usaha untuk mewujudkan nilai-nilai murni dalam secara individu.
Tanggungjawab sosial luar negara
Negara Malaysia telah memyumbang bantuan kemanusiaan untuk menjadi salah satu agenda hak asasi manusia di dunia antarabangsa. Dengan ini, terdapat pelbagai pertubuhan antarabangsa termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat. NGO sebagai suatu kuasa bermoral mempunyai beberapa ciri yang menjadi aktor dan dianggapkan sebagai pertubuhan yang paling aktif memberi bantuan kemanusiaan kepada Palestin. Contonya, Viva Palestina Malaysia, yang merupakan salah satu NGO Malaysia yang paling aktif di Palestin. Pemerhatian ke atas hak asasi manusia adalah sebahagian dari pada pengurusan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada kebebasan, keadilan dan kesejahteraan individu. Menurut The Office of the United Nations High Commissioner for Human Right (OHCHR), hak-hak yang wujud untuk semua manusia boleh ditakrifkan sebagai hak asasi manusia, tanpa mengira bangsa, jantina, tempat tinggal, negara asal atau etnik, agama, warna kulit, bahasa atau apa-apa faktor lain.
Sukarelawan yang menyumbang kepada masyarakat
Lampiran CSR PMU
Medium sumbangan bagi misi kemanusiaan Palestina
Kesan pencemaran di sungai Jerantut mengakibatkan ternakan ikan sangkar mati. Penternak mengalami kerugian besar
Muhammad Zaiamri Zainal Abidin, Nursyamira Shaid & Hasmah Zanuddin. (2017). Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari Persepsi Khalayak: Kesan Kempen CSR Terpilih Petronas Terhadap Sikap Kasih Sayanag Golongan Pelajar kepada Ibu Bapa. Jurnal Pengajian Media Malaysia, Jilid 19 No 2 2017. Retrieved November 17, 2022, from https://jpmm.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/28622
) Noor Atika Shafinaz Binti Nazri. (2017). Peranan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) Dalam Konflik Kemanusiaan Di Palestin. Journal Of Islamic And Social Studies, Vol 3, No 1, Article 1. Retrieved November 17, 2022, from https://ejournal.iainbukittinggi.ac.id/index.php/Islam_realitas/article/view/213/0
Ritzer G.. (2011). Globalization: The Essentials. United Kingdom: Wiley-Blackwell
What are Human Rights?. (t.t.). Retrieved May 14, 2022, from Office The High Commissioner Human Rights http://www.ohchr.org/EN/Issues/Pages/WhatareHumanRights.aspx