Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”.
Visi
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
Falsafah Sekolah
Bahawasanya setiap murid di sekolah berkebolehan dan berpotensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan ini Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati akan memberi penumpuan dan penekanan kepada usaha-usaha meningkatkan peluang-peluang pembelajaran kepada tahap maksimum. Juga bertujuan memupuk pemantapan rohani dan fizikal berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan ini diharap dapat melahirkan manusia yang berilmu, tabah, berdaya saing dan ada daya ketahanan yang tinggi. Berketrampilan sejahtera rohani dan fizikal serta yakin bahawa ikram dan penyayang mampu menjadikan mereka manusia yang mulia dan Berjaya mengharungi zaman sains dan teknologi serta mencapai wawasan kerajaan.
Misi
“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”
Aktiviti Sepanjang Tahun 2024
Lokasi kami: