Pentaksiran Bilik Darjah mesti dilakukan oleh semua guru untuk mengukur perkembangan pembelajaran murid. Ia bersifat dinamik dan ke arah menyuntik perkembangan seimbang murid dalam persekolahan mereka.
APA
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah satu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah.
BAGAIMANAKAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DINILAI?
Perkembangan pembelajaran murid dalam PBD dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan murid dengan menggunakan pendekatan pertimbangan profesional (professional judgement) guru melalui pentaksiran formatif dan sumatif.
PERTIMBANGAN PROFESSIONAL
Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid secara beretika untuk membuat keputusan mengenai tahap penguasaan murid. Berdasarkan The College's Working Definition of Professional Judgment
PENGETAHUAN
Guru berpengetahuan dalam bidang akademik dan praktikal proses PdP dan pentaksiran
INPUT MURID
Dokumen pentaksiran dan data pencapaian murid
TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
Guru bertanggungjawab melaksana-kan pentaksiran dengan cekap dan sistematik
PENGALAMAN
Guru menggunakan input profesional dalam interaksi dengan murid
TAHUKAN ANDA?
Standard Kandungan
Standard Kandungan adalah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran adalah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.
Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.
Sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.
TAHAP PENGUASAAN MURID DAN TAFSIRAN
1 Tahu
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Penentuan tahap penguasaan memerlukan pertimbangan profesional guru dengan mengambil kira perkara -perkara berikut: