LAMAN RASMI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SMK SIMPANGAN, BELURAN.
"Cemerlang Akademik, Cemerlang Sahsiah, Cemerlang Kokum"
"Cemerlang Akademik, Cemerlang Sahsiah, Cemerlang Kokum"
MAKLUMAT AM SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan terletak di Paitan, Sabah dan merupakan sebuah sekolah luar bandar di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran. SMK Simpangan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000 dengan hanya dua orang guru perintis, iaitu Encik Prisley dan Encik James Andau. Pada peringkat awal penubuhannya, bangunan sekolah terdiri daripada sebuah bilik pentadbiran, sebuah kelas Tingkatan 1 dan dua buah kelas Tingkatan 2. Pada masa yang sama, seorang kerani iaitu Puan Jurianah binti Hussin dan Penyelia Asrama, Encik Fadly bin Abdul Jalil, mula bertugas di SMK Simpangan. Kini, SMK Simpangan telah berkembang pesat dengan bilangan guru seramai 63 orang serta disokong oleh tujuh orang staf sokongan.
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
SLOGAN SEKOLAH
“CEKAP, CEPAT, TEPAT DAN BERKESAN”
“AIM THE BEST” “TEAM”
“First Things First: Yang Penting Diutamakan (Tanda Ke Arah Kejayaan)” “The Main Character, The First Academic”
“Come To Success”
“Prefer Responsibility To Success”
“Badan Sihat Minda Cerdas”
“You Have To Unsure Caterpillars If You Want To See Butterflies” “Dream, Believe, Achieve
LAGU SEKOLAH
BERDIRI MEGAH SEKOLAHKU TERCINTA
MARILAH MAJU MENJULANG PERTIWI
BERSAMA KITA SALING BERGANDING BAHU
MENCAPAI CITA YANG DITUJU
DISIPLIN ILMU ASAS YANG PERJUANGAN
PARA PENDIDIK MENCURAH BAKTI
TAK KIRA ASAL JAUH MAHU PUN DEKAT
MATLAMATKAN TETAP DIPEGANG
SMK SIMPANGAN MARILAH BERSAMA
MENITI JAMBATAN PERJUANGAN
RESTU IBUBAPA SERTA GURU-GURU
MEMBIMBING KE ARAH KEJAYAAN
UNTUKMU SEKOLAH KAMI SEMUA BERSYUKUR
ATAS WARKAHMU MENCANANG KEJAYAAN
PUTRA DAN PUTRIMU SILIH BERGANTI
MELENGKAPKAN MATLAMAT NEGARA
Sentiasa menyiapkan kerja yang diamanahkan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.
Budaya di dalam kelas
SEMASA GURU MENGAJAR
Duduk dengan sopan
Mendengar dengan taat dan tidak suka menyampuk
Jika ada persoalan mesti meminta kebenaran guru dengan sopan dan bersungguh-sungguh
Bertanya dengan suara yang jelas dan tidak bermain-main Tidak berbual atau bermain-main dengan rakan lain
Tidak membuat kerja lain selain subjek yang sedang diajar oleh guru.
SEMASA KETIADAAN GURU DI DALAM KELAS
Tidak berbuat bising dan jika ada keperluan dengan rakan lain, hendaklah bertanya dengan suara yang sederhana.
Tidak berjalan-jalan tanpa tujuan
Mesti mengulang kaji pelajaran
Tidak buang masa
BUDAYA SEMASA BERADA DI DALAM KAWASAN SEKOLAH
Sentiasa membawa nota ringkas atau buku
Sentiasa berpakaian sopan dan kemas
Sentiasa menghormati warga sekolah dan tetamu
Sentiasa menjaga kebersihan
BUDAYA PEPERIKSAAN
Sentiasa bersedia
Sentiasa gunakan masa yang sepenuhnya untuk menjawab
Sentiasa patuhi peraturan peperiksaan
Tidak tidur semasa peperiksaan
BUDAYA MEMBACA
Membaca sekurang-kurangnya 2 buah buku setiap minggu
Menulis sinopsis bagi buku cerita yang dibaca
Meningkatkan ilmu sepanjang masa di sekolah.
ONE PAGE REPORT
Koleksi One Page Report boleh dilihat di sini:
Album Sekolah
Album Sekolah 2026
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
Buku pengurusan sekolah menjadi panduan rasmi pengurusan sekolah
Menjadi rujukan utama warga sekolah tentang struktur organisasi, peranan guru, jawatankuasa, peraturan dan prosedur kerja.
TAKWIM SEKOLAH