Selamat datang ke Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi SMK Seri Gunong. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, warga sekolah kini dapat berkongsi pelbagai maklumat, aktiviti serta pencapaian sekolah ini melalui medium digital yang lebih mudah diakses.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, SMK Seri Gunong sentiasa komited untuk melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi juga pembentukan sahsiah, jati diri dan kemahiran insaniah yang seimbang.
Laman web ini diharap dapat menjadi wadah komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa, komuniti setempat serta masyarakat umum. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk memastikan visi dan misi sekolah dapat direalisasikan demi kebaikan anak-anak didik kita.
Sekian, terima kasih.
Harris Ganae bin Nainar
Pengetua Cemerlang
SMK Seri Gunong
BARISAN PENTADBIR
PK PENTADBIRAN
PK HAL EHWAL MURID
PK KOKURIKULUM
PN ROZDITA BINTI OSMAN
GK BAHASA
PN FARLINI BINTI JAAFAR
GK KEMANUSIAAN
EN MOHD YUSMAN BIN YUSSOF
GK TEKNIK & VOKASIONAL
PN ROHAYA BINTI GHAZALI
GK SAINS & MATEMATIK