SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB BYODS SMK PADANG TEMBAK
TUJUAN & LATAR BELAKANG
SMK Padang Tembak adalah merupakan salah satu daripada 9 sekolah rintis di PPD Keramat telah dipilih dalam Program Rintis Bring Your Own Devices to School (BYODS) pada 8 November 2021. Pemilihan sekolah dalam program ini merupakan peluang untuk sekolah memperkasakan pendigitalan amalan pendidikan di sekolah dengan membina iklim pengajaran dan pembelajaran digital di sekolah.
Selain itu, inisiatif ini juga ke arah memperkembang pembelajaran interaktif yang menyeronokkan berasaskan teknologi maklumat penyelesaian masalah secara kreatif, pencarian maklumat dan pembinaan rangkaian dan jaringan
Secara lebih terperinci, SMK Padang Tembak melihat dari aspek positif masa depan program ini atas rasional berikut:
Meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid melalui penggunaan peranti berasaskan pembelajaran abad ke-21 dan e-pembelajaran.
Kepesatan pendigitalan pendidikan secara global memerlukan revolusi dalam amalan pendidikan di sekolah di Malaysia
Portal DELIMA yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia wajar dioptimumkan agar pulangan pelaburan negara dalam bidang pendidikan dimaksimumkan
Tahap kesediaan murid dan guru selama hampir dua tahun PdPR sepanjang PKP seharusnya dijadikan platform mendigitalkan pendidikan di sekolah.
Memperkembangkan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan berasaskan teknologi maklumat, penyelesaian masalah secara kreatif, pencarian maklumat dan pembinaan rangkaian dan jaringan.
Memperkembangkan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan berasaskan teknologi maklumat, penyelesaian masalah secara kreatif, pencarian maklumat dan pembinaan rangkaian dan jaringan.