SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS BUMBONG LIMA
Mukim 3, Bumbong Lima, 13209 Kepala Batas, Pulau Pinang
04-5794030
Mukim 3, Bumbong Lima, 13209 Kepala Batas, Pulau Pinang
04-5794030
Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bumbong Lima (SMKPKBL) telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Pn Fadlina Sidek pada bulan Ogos 2023. Sekolah ini mula beroperasi pada Oktober 2023. Sekolah ini juga merupakan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) yang ke-35 dibina di negara dan kelima di Pulau Pinang. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama yang boleh menempatkan seramai 80 murid lelaki dan 80 murid perempuan. SMKPK Bumbong Lima ini terbuka untuk semua kategori MBPK iaitu ketidakupayaan pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan ketidakupayaan pelbagai. Terdapat empat bengkel vokasional yang disediakan bagi tujuan pembelajaran antaranya ialah penyediaan dan pembuatan makanan, servis dan penyelenggaraan motosikal, perkhidmatan estetik dan artis multimedia visual.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Pulau Pinang merupakan sekolah pendidikan khas ke-35 di Malaysia dan yang ke-5 di Pulau Pinang. Tambahan lagi, SMKPK Bumbong Lima merupakan SPK yang pertama di Malaysia yang mempunyai tiga jenis kategori MBPK iaitu Masalah Pembelajaran (LD), Ketidakupayaan Pendengaran (DE) dan Ketidakupayaan Penglihatan (BL). Projek ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) Rolling Plan 1 Tahun 2016.
Lokasi: Mukim 3, Bumbong Lima, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Parlimen: Kepala Batas
Dewan Undangan Negeri: Pinang Tunggal
Tarikh milik tapak: 30 Ogos 2017
Harga kontrak: RM47.5 juta
Tarikh penyerahan bangunan kepada KPM: 20 Julai 2023
Tarikh perasmian sekolah oleh YB Menteri Pendidikan: 06 Ogos 2023
1 Ogos 2023 - 4 guru sebagai caretaker
2 Oktober 2023 - PGB, Puan Rosiah Binti Mohamed Ariff
15 Oktober 2023 - Pendaftaran pertama MBPK: 27
11 Mac 2024 - Pendaftaran MBPK: 58
26 guru dan 6 AKP
MOTO
Beradab, Berilmu dan Berkemahiran Holistik.
VISI
Memartabatkan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima sebagai sekolah yang terunggul berteraskan akademik dan kemahiran holistik.
MISI
Menyediakan pendidikan dalam bidang akademik dan kemahiran berkualiti untuk murid berkeperluan pendidikan khas bagi menepati kehendak kebolehpasaran melalui penyampaian program yang cemerlang berlandaskan nilai-nilai murni dan etika.
MATLAMAT
Melahirkan Bangsa Malaysia Yang Taat Setia dan Bersatu Padu.
Melahirkan Yang Beriman, Berakhlak Mulia, Berilmu, Berketerampilan dan Sejahtera.
Menyediakan Sumber Tenaga Manusia Untuk Keperluan Kemajuan Negara.
Memberi Peluang Pendidikan Kepada Semua Warganegara Malaysia.
OBJEKTIF
Melahirkan MBPK yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa.
Melahirkan MBPK yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku.
Memberi peluang-peluang pendidikan yang sama rata kepada murid ketidakupayaan pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran.
Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan MBPK, guru dan seluruh warga sekolah.
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.
Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjasama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang.
Kami warga pendidikan dan kakitangan sokongan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima, Pulau Pinang dengan penuh azam akan memupuk sikap yang positif, bertekad dan beriltizam untuk memupuk seluruh semangat, tenaga serta usaha kami supaya dapat:
Menjana dan melahirkan MBPK selaras dengan Misi, Visi, Matlamat dan Falsafah SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Mentadbir, mengurus dan melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan secara professional, jujur serta ikhlas dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan dan penambahbaikan untuk mencapai kualiti yang dapat memuaskan kehendak seluruh pelanggan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima.
Merancang dan mengandaikan semua program yang sesuai dengan situasi MBPK untuk meningkatkan prestasi dalam bidang akademik, kemahiran vokasional, kokurikulum, sahsiah dan disiplin murid.
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan MBPK bagi menjadikan mereka warga negara yang berdisiplin, taat setia, berakhlak mulia, bertanggungjawab, bertimbang rasa, hormat-menghormati antara satu sama lain, berkeupayaan berdikari, mempunyai daya saing dan survival, sifat yakin pada diri sendiri yang tinggi dalam usaha untuk menjadikan mereka insan yang seimbang di dunia dan di akhirat serta rela menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran masyarakat, bangsa dan negara.
Mewujudkan hubungan dan layanan mesra, hormat-menghormati dan bantu-membantu tanpa mengira kaum dan latar belakang sosial ekonomi dalam kalangan seluruh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan orang awam yang lain di semua kaunter/unit pentadbiran dan pengurusan SMK Pendidikan Khas Bumbong Lima.
SMKPK Bumbong Lima,
Sekolah insan istimewa,
Murid ceria guru bahagia,
Lahirlah sekolah bitara.
Akademik dan Kemahiran Holistik,
Menjadi asas keilmuan,
Adab dan Akhlak menjadi teras,
Karamah insaniah.
c/o
Beradab, berilmu, kemahiran holistik,
Moto dijulang,
Ayuh semua kita berusaha,
Menjayakannya.
SMKPK Bumbong Lima,
Pasti cemerlang,
Bersatu kita bersama,
Kita pasti berjaya,
Kita pasti berjaya.
Ciptaan: En Shahril bin Othman
Lirik: Pn Rosiah binti Mohamed Ariff
Obor = Melambangkan kesungguhan, kecekalan dalam usaha mencari ilmu untuk kehidupan masa hadapan yang cerah.
Simbol Kemahiran = Mendedahkan MBPK dalam bidang kemahiran.
Bahasa Isyarat Kod Tangan = MBPK pendengaran wajar menerima pendidikan.
Braille = MBPK penglihatan juga wajar menerima pendidikan.
Buku = MBPK pembelajaran juga wajar menerima pendidikan.
Putih = Berfikiran positif untuk melangkah ke hadapan.
Kuning = Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Biru = Semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang agama, kaum dan ketidakupayaan.
Warna Biru Muda = Warna biru melambangkan perpaduan sesama warga sekolah.
Warna Putih = Warna putih melambangkan sekolah yang aman dan damai.
Warna Kuning = Warna kuning melambangkan kemakmuran di sekolah.
Logo Sekolah = Logo sekolah di tengah melambangkan sekolah berada di setiap hati warga sekolah.
1. Pondok Pengawal Sekolah
2. Bangunan Akademik
3. Tapak Perhimpunan
4. Bengkel Teori Dan Amali
5. Stor Pekebun
6. Surau
7. Kantin
8. Padang
9. Pondok Pengawal Asrama
10. Dewan Makan Asrama
11. Asrama Putera
12. Asrama Puteri
13. Gelanggang Bola Tampar
14. Gelanggang Bola Jaring
15. Parkir Bas
16. Tangki Air
17. Rumah Pam
18. Loji Rawatan Kumbahan