Sekolah SMK Paya Keladi ini telah ditukarkan nama kepada SMK Dato’ Kailan pada tahun 2014. Pengisytiharan nama baharu ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada 11 Mei 2014.
SMK Dato’ Kailan terletak di Kampung Paya Keladi Hujung kira-kira 24 km ke timur laut Bandar Butterworth. SMK Dato’ Kailan wujud sebagai sebuah institusi pendidikan luar bandar untuk menampung pelajar yang tinggal di kawasan Pinang Tunggal dan sebahagian kecil dari kawasan Tasek Gelugor.
SMK Dato’ Kailan mula beroperasi pada tahun 1989 dengan menumpang di Sekolah Rendah Paya Keladi selama 10 bulan. Pada tahun yang sama juga prasarana SMKPK mula dibina di kawasan tanaman getah seluas 6.05 hektar berhadapan dengan Kompleks MARDI Seberang Perai.
SMK Dato’ Kailan dari semasa ke semasa, semakin dilengkapi dengan segala prasarana yang canggih seperti makmal komputer, astaka, surau, rumah guru serta 2 blok asrama puteri dan putera yang boleh menempatkan 100 orang pelajar. Pada bulan April 2009, SMK Dato’ Kailan tampil dengan wajah yang lebih ceria dan mantap dengan dewan besar yang tersergam indah serta blok pentadbiran empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik mesyuarat, makmal sains tulen, dan unit peperiksaan serta bangunan MPV (katering) yang baharu digunakan pada tahun 2011.
SMK Dato’ Kailan dengan pelajar seramai 913 orang serta 64 orang guru serta 10 orang staf sokongan semakin maju sebagai institusi pendidikan luar bandar yang berusaha secara bersepadu untuk menandingi pencapaian bidang kurikulum serta kokurikulum sekolah-sekolah ternama di Pulau Pinang.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
LENCANA SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH
ILMU SULUH KEJAYAAN
SMDK lambang keilmuan
SMK lambang kegigihan
Para pendidik menempuh cabaran
Memberi kami sinar harapan
Putera puteri bersantun susila
Ayuh segera berpadu tenaga
Pohon doa restu ayah dan bonda
Taat pada yang maha esa
Smpk kaulahirkanlah
Dan ciptakan kami sejarah
Untuk kami kejayaan melimpah
SMPK akan tetap gagah
Binalah ilmu budaya warisan
Meniti cita masa hadapan
Tuju era baru dalam pendidikan
Dengan ilmu suluh kejayaan
LOKASI