Kunjungi laman web SMK Cheras yang baru -->
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DISEBABKAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19
"Pengajaran dan Pembelajaran Digital"
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Portal Pembelajaran Digital (Digital Learning) SMK Cheras ini adalah untuk membantu guru dan murid untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran disebabkan sekolah diarah tutup akibat penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Penularan wabak COVID-19 ini menyebabkan 1125 orang murid SMK Cheras tidak dapat ke sekolah.
SMK Cheras telah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan KSIB yang diterajui oleh Encik Seprian, Puan Yuri, Puan Lahaniz dan beberapa orang guru untuk membangunkan Portal Digital Learning bagi memastikan kesinambungan pembelajaran untuk murid terus dilaksanakan oleh guru-guru. Melalui portal ini mereka boleh mengakses pelbagai bahan pembelajaran dan sumber pendidikan bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan.
Guru boleh menggunakan platform pembelajaran dalam talian ini untuk pengajaran, berinteraksi dengan murid dan memberi latihan secara maya. Ramai murid pada masa kini mempunyai akses kepada peralatan teknologi di rumah.
Natijahnya, penularan pandemik COVID-19 ini membuka mata dan minda kita semua. Kesedaran menjaga kebersihan, mematuhi peraturan dan pelaksanaan pembelajaran secara maya antara implikasi situasi yang berlaku di negara kita pada hari ini. Semoga dengan adanya Portal Digital Learning ini membolehkan murid mendapat pembelajaran yang sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
JAMIL BIN JAMALUDIN
Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur