SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong atau dahulu dikenali sebagai SM Bedong telah dibuka pada tanggal 8 Mac 1963 dengan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan. Pada masa itu, hanya ada 2 buah kelas iaitu kelas aliran Inggeris dan aliran Melayu. Jumlah muridnya seramai 61 orang. Guru besar yang pertama ialah Encik Gee Teng Mein dan dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Encik Zahid bin Zainal Abidin. Ketika itu sekolah ini tidak mempunyai kakitangan bukan akademik.
Bangunan sekolah yang terawal didirikan ialah bangunan JKR/KT 656 yang dibina pada tahun 1962 dan sekarang dikenali sebagai bangunan A. Ketika itu terdapat 7 buah kelas dan 2 buah rumah guru.
Keluasan tapak sekolah ini ialah 15 ekar dan pada masa dahulu ia pernah digunakan oleh Askar Melayu Diraja Batalion Ke-3. Pada tahun 1964, sekolah ini diubah nama kepada Sekolah Menengah Bedong . Bilangan kelas bertambah menjadi 8 buah dengan bilangan guru seramai 9 orang. Kini pada tahun 2012 bilangan pelajar mencecah 1960 orang dan bilangan guru 124 orang. Sekolah kini menawarkan tingkatan 6 (3 kelas PraU Atas & 3 PraU Bawah)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong atau nama ringkasnya SMK Bedong, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bedong, Kedah. SMK Bedong dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun 2019, SMK Bedong mempunyai 118 guru dan 14 staf sokongan.
SMK Bedong telah mengalami beberapa perubahan dari segi fizikalnya hasil peruntukan yang telah diberi. Naik taraf tersebut melibatkan blok kelas empat tingkat, pusat sumber, dan bilik kaunseling. Pusat Sumber Baitul Hikmah dan Bilik Kaunseling Sanggar Terapi Minda dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Rusli bin Hj. Din, Ketua Nazir, Jemaah Nazir Negeri Kedah pada 7 Julai 2019. Manakala blok kelas 4 tingkat telah dilakukan penambahbaikan dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2020.
Perubahan- perubahan di SMK Bedong ini adalah hasil daripada kekuatan pimpinan pentadbiran sekolah iaitu pengetua. Berikut adalah senarai nama pengetua- pengetua yang telah berjaya menerajui SMK Bedong dengan jayanya.