Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra merupakan sekolah menengah harian biasa yang mana ianya baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2011. Terdapat dua sesi persekolahan di SMKBSP ini iaitu sesi pagi dan petang. Sesi persekolahan ini dijalankan dari kul 7:30 pagi sehingga 2:30 tengah hari. Kemudian, sesi petang pula bermula 12:40 petang sehingga 6:40 petang setiap hari, kecuali hari Jumaat yang akan balik lebih awal dari hari-hari sebelumnya pada sesi pagi dan akan lewat memulakan sesi persekolahan pada sesi petang hari jumaat.
Bagi pemerhatian saya, sepanjang program ROS dijalankan, saya melihat persekitaran dan budaya sekolah ini sangat menarik dan strategik yang mana sekolah ini berada di bandar dan berdekatan dengan persekitaran yang dikelilingi oleh penduduk setempat. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan sekolah ini, adalah daripada sudut infrastruktur bangunannya di mana asal sejarah sekolah ini ditubuhkan adalah untuk menjadikan sekolah ini, salah satu sebuah kolej vokasional untuk menempatkan murid-murid tingkatan 4 dan 5 mengasah bakat dalam berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Akan tetapi, disebabkan oleh masalah peruntukkan kewangan yang tidak dapat diatasi dan daripada sekolah ini dibiarkan terbengkalai, akhirnya sekolah ini dibuka sebagai sekolah harian biasa yang menempatkan semua peringkat umur remaja daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Jadi, pihak sekolah telah berjaya membangunkan sekolah ini dengan untuk menerapkan budaya dan persekitaran yang baru iaitu persekitaran abad ke-21.
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang amat penting bagi memberi keberkesanan dalam menjadikan para murid lebih berilmu pengetahuan, berdisiplin, bersifat rasional dan menjadikan mereka insan yang berjaya suatu masa kelak. Hal ini dapat dilihat banyak punca yang menyebabkan para murid tidak berjaya dan salah satunya adalah disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang menjadikan masa mereka sia-sia dan dibuang begitu sahaja. Sesuatu proses pembelajaran melibatkan usaha supaya dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan disamping membentuk sikap (Mohamad Nor, 2009). Jadi di sini, pengajaran adalah satu kunci yang membantu para murid untuk mengembangkan ilmu dan menambahkan maklumat supaya mereka dapat menerapkan dalam diri mereka dengan mengasah kemahiran-kemahiran dan bakat yang tersembunyi. Ini membuktikan bahawa pentingnya pengajaran berkonsepkan pemahaman yang jelas agar para murid dapat memahami sesuatu ilmu baharu itu dengan mudah agar dapat diterapkan dalam di dalam diri mereka. Hal ini juga supaya ianya dapat memberi kesan yang positif bagi meningkatkan sahsiah dan pengetahuan dengan lebih mendalam. Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar (Hunter, 1995 dalam Esah, 2003). Ini membuktikan bahawa jika para murid mempunyai kesedaran dalam diri mereka, mereka akan bertingkah laku dengan baik dan pencapaian objektif bagi sesuatu mata pelajaran itu dapat dicapai dan akan memberi refleksi yang baik selepas tamatnya sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut.
Di samping itu, persekitaran juga adalah antara faktor yang mendorong sesuatu pengajaran itu berkesan dan menjadikan murid berminat untuk belajar dengan baik. Persekitaran merujuk kepada segala benda yang terdapat disekeliling (Osman, 2004). Sebagai contoh, para murid lebih menyukai persekitaran yang bersih dan kondusif iaitu di meja belajar yang tersusun dan bersih agar mereka dapat belajar dengan tenang dan mudah untuk mengingat. Hal ini sangat mempengaruhi dengan emosi mereka sewaktu mereka sedang melakukan latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru. Jika mereka mengulangkaji di tempat dan persekitaran yang kurang memberangsangkan, ini menjadikan mereka berasa lemah, malas dan tidak semangat untuk meneruskan proses pembelajaran mereka.
Dalam pada itu, rakan sebaya juga adalah antara salah satu pendorong yang menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik. Pengaruh rakan sebaya amat memberi kesan yang hebat dalam diri seseorang murid itu. Hal ini adalah kerana apabila seorang murid itu mengikuti kawan-kawannya, ianya mudah memberi kesan sehingga mereka akan terjerumus kepada perkara yang baik atau perkara yang tidak baik. Ianya adalah bergantung kepada situasi pelajar tersebut. Kawan yang baik akan mencerminkan diri murid itu menjadi seorang murid yang baik juga. Jadi, para murid perlu cekap dan pandai dalam memilih rakan sebaya ini supaya diri mereka dapat berhati-hati daripada terpengaruh dengan masalah disiplin atau melanggar peraturan sekolah. Menurut Yahaya dan Omar (2010) rakan sebaya yang cemerlang dalam mata pelajaran itu akan membantu ke arah kecemerlangan rakannya melalui bantuan, pengaruh dan tahap ilmu mereka.
Kesimpulannya, setiap pembelajaran dan pengajaran yang berkesan adalah bergantung kepada individu itu sendiri yang mana merangkumi pelbagai aspek pembelajaran dan pengajaran. Murid perlu menukar cara dan gaya pembelajaran dari masa ke semasa mengikut kesesuaian supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Secara tidak langsung ianya mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi belajar melalui amalan belajar yang betul dan mengetahui masalah gangguan belajar yang mereka boleh hadapi supaya langkah yang perlu boleh diambil untuk mengatasinya (Abu, Syed Mansor & Jaafar, 2007). Akan tetapi, faktor-faktor inilah yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran berkesan dan seterusnya mendorong pelajar untuk belajar dengan baik.