Memberi bantuan kewangan dan lain-lain bantuan kepada ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku kematian.
Mengeratkan hubungan Silaturrahim diantara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Islam.
Mengadakan rancangan atau aktiviti kebajikan yang berfaedah kepada BAKIS dan ahli-ahli.
Ahli BAKIS terdiri daripada penduduk Islam yang tinggal di Taman Dagang Jaya, Ampang, Selangor Darul Ehsan dan Taman-Taman yang berhampiran dengannya berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 65 tahun pada tarikh memohon menjadi ahli.
Bantuan kewangan atas kematian ahli dan pasangan sebanyak RM1,000.00 (AJK menyelaras mengikut MBBA)
Bantuan kewangan atas kematian anak berumur di bawah 24 tahun sebanyak RM500.00
Bantuan kewangan atas kematian ibubapa dan ibubapa mertua sebanyak RM200.00
Bayaran kepada ahli yang dimasukkan ke wad di hospital tidak kurang dari 3 hari sebanyak RM100.00 berkuatkuasa pada 26 haribulan Jun 2019.
Yuran ahli ialah RM50.00 setahun manakala yuran pendaftaran ahli baru ialah RM5.00
Ahli BAKIS boleh membaharui keahlian dengan membuat bayaran yuran tahunan dan/atau yuran tahunan tertunggak secara tunai atau bayaran atas talian (online payment) ke akaun Surau di Maybank (No. Akaun: 562179534826)
Bagi tujuan penyeragaman tarikh untuk membaharui keahlian khairat kematian dan kebajikan untuk semua ahli, tarikh keahlian tamat pada 31 haribulan Disember setiap tahun dan hendaklah membaharui keahlian dengan membuat bayaran yuran tahunan sebelum 1 haribulan Januari setiap tahun berikutnya.
Ahli BAKIS hendaklah membayar semua yuran tahunan yang tertunggak (sekiranya ada) bagi mengelakkan keahlian tidak dapat diperbaharui dan kehilangan hak sebagai ahli.