Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis
Peti Surat 27
90107, Beluran
Sabah, Malaysia
Nama sekolah : SK Tanjung Nipis, Beluran
Kod sekolah : XBA 2126
Alamat sekolah : Peti Surat No 27,
Koordinat : X : 117.42739 , Y : 6.43398
No. Tel / Faks : 013 554 8844 (GB)
e-mel : xba2126@moe.edu.my
JPN : Sabah
PPD : Beluran
Parlimen : P183, Beluran
Dewan Undangan Negeri : N48 Sugut
Jenis sekolah : SK
Peringkat : Prasekolah - Tahun 6 / Tingkatan 1 - 6
Jenis murid : Lelaki sahaja ( )
: Perempuan sahaja ( )
: Lelaki dan Perempuan ( / )
Sesi : Pagi sahaja ( / )
: Pagi dan petang ( )
Lokasi : Pedalaman
Gred : C
Jenis bantuan : Sekolah Kerajaan
Sumber bekalan elektrik : Solar
Sumber bekalan air : Air hujan
Jenis asrama : TIADA
Bilangan penghuni asrama : TIADA
Lembaga Pengelola Sekolah : TIADA
Bilangan guru : 19
Bilangan Anggota Kumpulan : 3
Pelaksana (AKP)
Bilangan kelas : 6 + 1 (Prasekolah)
Bilangan murid : 139
"ILMU ITU CAHAYA"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
VISI
"Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"
"Ilmu itu Cahaya"
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Kampung Tanjung Nipis, daerah Beluran, Sabah. Sekolah ini berada di kawasan pedalaman dan dikendalikan sepenuhnya di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Labuk dan Sugut/ Beluran. Sebagai sebuah sekolah kerajaan, SK Tanjung Nipis memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan asas kepada masyarakat setempat.
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Tanjong Nipis, namun kemudiannya diubah kepada Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis. Nama tersebut diambil sempena bentuk kawasan tanjung yang menyerupai huruf “S” dan kelihatan nipis dari pandangan atas.
Pada peringkat awal penubuhannya sekitar tahun 1960-an, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang berfungsi sebagai tempat belajar bagi murid Tahap 2. Manakala murid Tahap 1 pula berada di balai raya kampung Tanjung. Pada ketika itu, jumlah murid adalah sekitar 70 orang yang terdiri daripada murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Kemudahan sekolah sangat terhad, namun semangat untuk menimba ilmu dalam kalangan penduduk kampung amat tinggi. Pada masa kini, SK Tanjung Nipis mempunyai kira-kira 123 orang murid dan disokong oleh seramai 19 orang guru dan 3 orang staf sokongan.
Sekolah ini pada masa awal tahun penubuhan sekitar 1980an, hanya mempunyai tiga orang guru lelaki, iaitu guru besar Cikgu Rudtog, Cikgu Kahar dan Cikgu Kifli, yang bertanggungjawab mengajar semua subjek. Pada tahun 1984 pula, berlaku perpindahan guru dan kemudiaannya empat orang guru baharu mula berkhidmat, antaranya Cikgu Saloma, Cikgu Rahim dan Cikgu Osman.
Dari segi kepimpinan, SK Tanjung Nipis telah diterajui oleh beberapa orang Guru Besar. Guru Besar pertama tidak dapat dikenal pasti namanya. Guru Besar kedua ialah En Rudtog bin Tanbong, diikuti oleh En Mokhtar Neng, En Dasni Dooh, En Hassan Mentiak, En Manggi, dan En Abd Rasid bin Mohamad. Pada tahun 2026, sekolah ini dipimpin oleh Guru Besar baharu iaitu En Abd. Kadir bin Gilang.
Dari semasa ke semasa, pembangunan fizikal sekolah telah mengalami perubahan. Bangunan kayu asal kemudiannya digantikan dengan bangunan papan yang lebih tinggi, sebelum dinaik taraf kepada bangunan kabin dan seterusnya bangunan konkrit yang digunakan sehingga hari ini. Perkembangan ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan dan pihak sekolah dalam meningkatkan keselesaan serta keselamatan warga sekolah.
Sebagai sebuah institusi pendidikan pedalaman, SK Tanjung Nipis berfungsi sebagai pusat pendidikan asas kepada anak-anak Kampung Tanjung Nipis dan kawasan sekitarnya. Sekolah ini bukan sahaja menekankan pencapaian akademik, malah turut memberi tumpuan kepada pembentukan sahsiah, kemahiran sosial dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Dengan komitmen guru-guru yang berdedikasi, SK Tanjung Nipis terus menjadi nadi penting dalam pembangunan pendidikan dan masa depan generasi muda setempat.