SK TEGULANG
Lencana Sekolah
Nama : SK STegulang
Kod : YBA7205
Alamat : SK Tegulang, 96900, Belaga, Sarawak
Email : yba7205@moe.edu.my
Pentadbir + Guru : 15 orang
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 4 orang
Murid SK : 94 orang
Murid Pra : 13 orang
SK Tegulang bermula pada 2 Januari 2014 dengan visi dan misi untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada generasi muda. Pada asalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada 6 bilik darjah, 4 guru yang berkomitmen dan 180 murid. Bangunan sekolah ini merupakan ehsan daripada pihak SEB.
Seiring dengan masa, SK Tegulang telah berkembang pesat. Pada tahun 2016, sekolah ini mengalami penambahan fasiliti seperti pusat sumber mini, dewan dan beberapa penambahan yang lain seperti asrama komuniti yang merupakan hasil sumbangan wakil rakyat. Kejayaan murid-murid dalam bidang kokurikulum dan ko-akademik telah memantapkan reputasi sekolah sebagai pusat pendidikan unggul.
Falsafah Pendidikan SK Tegulang
Matlamat pendidikan sekolah ini adalah untuk menyediakan asas ilmu pengetahuan yang kukuh dan menyeluruh. Di samping itu, sekolah turut menekankan bimbingan asas dalam aspek akhlak agar dapat membentuk generasi masa kini dan akan datang yang memiliki akhlak mulia, bertanggungjawab, beradab serta berdisiplin. Ini selaras dengan cogan kata sekolah, “Berilmu, Berbudi, Berbakti”.
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi Sekolah
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Menjelang tahun 2026, SK Tegulang dijangka akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang menyeluruh.
SK Tegulang
Indah dan permai
Sekolah yang tercinta
Menuju wawasan negara
SK Tegulang
Tempat menimba ilmu
Berdikari dengan tabah
Untuk mencapai cita murni
Berilmu Berbudi Berbakti
Menjadi panduan kami
Kearah sekolah
Yang gemilang
Kami mohon restu
Ayah dan bonda
Hingga ke menara gading
Berbakti untuk pertiwi
Sarawak Tanah Air Ku
Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusaka Ku
Tanah Tumpah Darah Ku
Ibu Pertiwi Ku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak Ku Cintai
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat
Negaraku
Tanah Tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Bahawasanya kami,
Murid-murid SK Tegulang,
Berikrar dan berjanji,
Akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami,
Untuk menuntut segala yang diajar,
Oleh para guru dan ibubapa kami,
Kami juga bertekad,
Untuk mencapai cita-cita kami,
Berdasarkan prinsip-prinsip rukun negara:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan