Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2, Bandar Tasik Puteri, 48000 Rawang ditubuhkan pada 1hb Januari 2009 di bawah Akta Pelajaran dengan Pendaftaran Kod Sekolah BBA 7242. Sekolah ini mula beroperasi pada 01.01.2009 dan dihuni oleh pelajar pada 5hb Januari 2009 dengar menumpang buat sementara di SMK Bandar Tasik Puteri. Bilangan pelajar seramai 564 pelajar, 39 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Pejabat. Bilangan kelas yang diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Selangor ialah 25 kelas iaitu Tahun 1 hingga Tahun 5. Walaubagaimanpun hanya 15 kelas dapat diwujudkan kerana sekolah tumpang tidak mempunyai lebihan blik darjah. Pada 3hb April 2009 hari Jumaat jam 3.45 petang penyerahan kunci oleh pemaju kepada pengurusan sekolah telah ditandatangani dan diterima dihadapan wakil Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Selangor. Tempoh kecacatan tanggungan pemaju tamat pada 31hb Mac 2010.
SKTP2 mengandungi 5 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Pentadbiran 3 aras, Blok Akademik A 4 aras, Blok Akademik B 4 aras, Blok Makmal dan Bengkel 4 aras, kantin, rumah pam, rumah jaga dan rumah sampah. Jumlah bilik darjah 24, 2 bilik makmal sains, 2 bilik makmal komputer, 7 bay bilik sembahyang, pusat sumber, bilik guru, pejabat, bilik mesyuarat, bilik kesihatan, bilik ko-kurikulum, bilik stor sukan, kedai buku, 2 bilik persalinan, 6 bilik tandas, 1 bilik muzik 1 bilik kemahiran hidup, 1 bilik pendidlikan seni, 2 bilik pra-sekolah dan 1 dewan terbuka serta 6 bilik stor serba guna.
Mesyuarat Agong penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah diadakan pada 9hb Februari 2009 hari Isnin 8.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Bandar Tasik Puteri dan dirasmikan oleh Puan Patipah bte Samsuddin. Timbalan Pegawal Pelajaran Daerah Gombak Encik Wan Badrul Hishman bin Wan Mahmud terpilih sebagai Yang Dipertua PIBG yang pertama dan Encik Zakaria bin Ariffin sebagai Timbalan YDP. Pendaftaran Persatuan telah diluluskan oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor pada 30 April 2009 dengan Nombor Pendaftaran SEL: 1220.
Perpindahan ke bangunan baru fasa pertama dilakukan pada 11 April 2009 (Sabtu) bagi pelajar yang menumpang di SMK Bandar Tasik Puterl.
Fasa kedua melibatkan kemasukan murid dari SK Bandar Tasik Puteri yang diberikan peluang pilihan untuk berpindah ke sekolah baru pada 24hb April 2009. Bilangan kelas pada 30 April 2009 ialah 25 kelas dengan bilangan keseluruhan pelajar berjumlah 1,146 murid.
Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah dan bilangan pelajar dalam kelas mencecah 50 pelajar dalam setiap kelas, serta pewujudan Tahun 6 pada 2010, sekolah terpaksa beroperasi dalam 2 sesi pada tahun tersebut. Jumlah kelas yang dipohon untuk dibuka pada sesi persekolahan 2010 ialah 42 kelas dengan unjuran bilangan pelajar berjumlah 40 murid sekelas. Segala perancangan anggaran dan keperluan bagi menghadapl sesi persekolahan 2010 telah disusun atur bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan lancar, pelajar mendapat segala kemudahan yang diperlukan dan keperluan tenaga pengajar mencukupi.