Logo berbentuk perisai bermaksud satu perjuangan menuntut ilmu pengetahuan dan pendidikan.
Berasaskan bendera Negeri Johor
Biru : Perpaduan
Merah : Keberanian
Putih : Kesucian
Berilmu, Berpendidikan, Beramal
Lima kelopak - Melambangkan lima prinsip Rukun Negara
Bentuk kelopak yang berlengkuk - Murid-murid memerlukan bimbingan umpama melentur buluh biarlah dari rebung.
Bunga raya - Bunga Kebangsaan Malaysia
Bunga yang sedang berkembang - Murid yang menimba ilmu dapat memperkembangkan pengetahuan mereka.
Buku yang terbuka - Kerajinan murid-murid menimba ilmu yang berterusan
Burung yang terbang - Kesetiaan rakyat (pelajar) berkhidmat walau di mana berada.
Bentuk Kerawang - Budaya Kebangsaan
Bentuk Bulat - Kesempurnaan intelek, rohani dan jasmani
Pendidikan di sekolah ini adalah suatu usaha bersama dalam suasana harmonis, bertanggungjawab ke arah menimbulkan suatu situasi pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan ke arah remaja yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, rajin dan cergas serta percaya kepada diri sendiri.
Kami warga Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Menyediakan staf yang mencukupi dan berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
3. Memastikan semua murid mendapat tempat belajar pada hari pertama hari persekolahan mereka.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, masyarakat (ibubapa) dan negara.
6. Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Menentukan setiap aduan kepada SK Taman Perling diberi jawapan dalam masa dua minggu dari tarikh diterima.
8. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan tepat dan cekap kepada yang berkenaan.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERLING
Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200, Johor Bahru, Johor.
Tel : 07-2364492 Fax : 07-2383492
Email : jba1064@moe.edu.my